Wednesday, August 17, 2011

:: JOM BUAT KUIH CEKMEK MOLEK ::

Muka Surat 137
Assalamualaikum
Mungkin ada yang tak pernah tengok atau dengar nama kuih ni
Tapi kuih ni sangat popular di pantai timur, 
iaitu Kelantan and Terengganu.
Kawan i pernah cakap kalau kuih dari Kelantan 
agak manis, mungkin banyak bubuh gula.

Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni,
di bulan Ramadhan sangat sangat rajin buat kuih ehehe ;)
Jom tengok rupa kuih cekmek molek 
^_^

I guna ubi keledek kaler oren, nampak comel ah :D


Ini la rupa cekmek molek, comel tak ? Haha

Kalau you all nampak kat tengah tengah kuih yang dipotong tu,
ada gula cair meleleh tapi tak la manis sangat
I bubuh gula sikit,
sebab tak berapa nak makan yang manis manis.

Sebenarnya resipi ni sangat sangat senang ! 
Ambil la resipi ni :)

Bahan bahan
2 ketul ubi keledek
1 cawan tepung gandum (jangan lupa diayak)
gula putih
minyak masak (untuk goreng)

Cara cara
1. Masukkan ubi keledek (buang kulit dulu ), air, and garam ke dalam periuk.
Biar sampai ubi keledek empuk.
2. Bila dah empuk, tumbuk keledek satu persatu sampai lumat and masukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit,
adun sampai boleh dibentuk.
4. Bentukkan adunan bulat bulat , leperkan and masukkan gula putih di bahagian tengah tengah., rapatkan bahagian tepi and bentukkan membujur.
 5. Gorengkan dengan api sederhana sampai dah masak.

Dah siap dah ! 
Selamat mencuba :)

AWAS ~ 
Jangan makan masa panas panas, nanti melecur lidah,
tunggu 5-8 minit baru boleh makan, kalau dah sejuk memang tak berapa sedap ^_^

6 comments:

Maslina Mansor said...

Ina, ni kuih favourite I! Thanks for sharing. I like..weekend ni nak buat la :-)

Cik Ina said...

Kita ni banyak persamaan kan ? AHAKS !
Jangan lupa salin kertas. ^_^
Kalau dah buat, post la kat sini,mahu tengok :)

INTAN said...

wah! peberet gak nih...adhuiii kan dah terliur...huhuhuuuu nak try buat jugaks!

Cik Ina said...

INTAN @
Try la, sedap kan kalau makan masa panas panas :)

GADIS said...

Salah satu kuih kesukaan :)

Cik Ina said...

Kalau suka, masak jangan malas. ;p