Wednesday, June 29, 2011

:: SAMBAL TELUR WANGI ::

Muka Surat 111
Assalamualaikum.
Semalam i masak sambal telur wangi.
Nampak macam senang kan
Memang senang sangat
Kepada orang yang baru belajar,meh la masak sambal telur wangi
Hehe.
Resipi Cik Ina ^_^
cili kering dikisar bersama serai (lagi sedap lagi wangi)
air asam jawa
garam
gula
bawang putih 
minyak masak
telur
1) Masukkan minyak sikit,tumis bawang putih sampai naik bau
2) Masukkan cili kisar tadi,ikut banyak mana yang nak pedas, i guna 1 senduk untuk 3 biji telur .
3) Kemudian tunggu sampai pecah minyak
4) Kemudian letak air asam jawa + garam + gula.
5) Rasa dulu,mana tahu kalau tawar.
Kalau pedas sangat letak gula. Kalau manis letak garam
Kalau terlajak air asam jawa letak garam + gula
Kite ada lidah so rasa la. ^_^
6) Kalau rasa dah sedap, letak air sedikit, kacau 10 saat, terus pecahkan telur dalam sambal tadi.
7) Jangan kacau dulu ! Biarkan sampai telur separuh masak, baru kacau sikit.
8) Hidangkan ! Dah siap. ;)

Tuesday, June 28, 2011

:: KENALI PEMBOHONG ::

Muka Surat 110
Asslamualaikum
Hari ini i geram sangat bila orang buat macam tuh dengan adik angkat i.

Kalau bercakap bab bohong, tentu kaum lelaki yang akan dituduh. 
Dalam dunia ni, mana ada manusia yang sentiasa jujur dalam kehidupan sehariannya terutamanya berkaitan tentang cinta. Namun, ikatan yang terbina melalui pembohongan selalunya tak kekal.  
Kebanyakan alasan yang sering didengar apabila tembelang pecah ialah “I taknak lukakan hati you, sebab tu i TERPAKSA bohong.” Semuanya hanya alasan untuk melindungi tembelang yang sudah pecah ! Hati seseorang yang tertipu akan menjadi lebih sakit berbanding dengan hati seseorang yang berpisah dengan kekasihnya.
Lelaki memerlukan masa yang secukupnya untuk menikmati hidup sebagai orang bujang. Kebanyakan lelaki yang berbohong adalah kerana mereka hanya sekadar ingin berseronok. Malah, lelaki juga hanya ingin melihat sejauh mana kebaikan si perempuan dalam mempercayai kata-kata mereka. Sekiranya perempuan percaya, maka semakin cerah peluang untuk lelaki berbohong lagi. Ada ketikanya, lelaki berbohong secara tak sengaja mungkin boleh dimaafkan lagi. Namun, ada ketikanya sesetengah lelaki berbohong kerana mereka suka berbohong. 

Memang benar cakap orang-orang tua dulu, sekali buat salah, terasa seronok pula. Berbohong kali pertama mungkin kerana terpaksa atau mungkin kerana ingin menjaga hati si dia, namun berbohong kali kedua dan ketiga, namanya bukan terpaksa lagi tapi kerana seronok! Oleh itu kena lebih berhati-hati.
Sekian.

Monday, June 27, 2011

:: HARI BAPA ::

Muka Surat 109
Macam mana i boleh lupa upload kat sini.
Aduhaiii.
Minta maaf ayah !
(walaupun ayah tak tahu i ada blog sendiri)
Hek3 !

Korang mesti dah ucapkan hari bapa kan ?
Bagus la kalau dah ucapkan.
Tentu bapa kita gembira.

Selamat Hari Bapa kepada semua ayah²
Yang kehilangan bapa, sedekah lah Al-fatihah.
Yang masih mempunyai bapa, hargai la mereka.

Ini la ayah i,
nampak muda kan ?
Hakikatnya umur ayah i dah 63 tahun.
Ayah.....Selamat Hari Bapa,
Terima kasih kerana banyak berkorban untuk Na.
Tak tahu macam mana nak balas budi baik ayah selama ini :(
cuma mampu doakan kesihatan ayah 
dan dipanjangkan umur.

Na sayang ayah sangat²
Ayah memang yang terbaik !
Tak ade seorang pun boleh gantikan tempat ayah dalam hati Na.
 LOVE YOU VERY MUCH ! Muaahx ~

Friday, June 24, 2011

:: ALHAMDULILLAH ! I LULUS::

Muka Surat 108
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Hari ini keputusan peperiksaan perkhidmatan awam sudah keluar.
Akhirnya i lulus.
Yepiii.
Rase happy 
dan syukur sangat.
^_^

Tak lupa juga i nak ucapkan terima kasih kepada ayah,mak serta adik beradik dan Encik Abang yang banyak memberi sokongan.
Sayang mereka 

:: NASI GORENG CENDAWAN ::

Muka Surat 107
Tak sangka encik Abang sudi masak lagi untuk favourite i
Sejak kali pertama makan nasi goreng cendawan
yang dimasak oleh encik Abang terus i jatuh cinta 

Memang sedap sangat ! (serius)
Tambahan hasil air tangan encik Abang
membuatkan i semakin rindu 
Kalau dia tak pernah masak untuk i, tak la i rindu sangat.
nak buat macam mana.
Lagi pun dia memang pandai masak.
Ahaks~

Apa apa pun I bersyukur sangat sangat
dapat lelaki seperti encik Abang
Yang penting encik Abang tahu masak daripada tak tahu masak.
Kalau i sakit, boleh la encik Abang masak untuk i.
Itu yang buat i bersyukur sangat.
Alhamdulillah !

Ini la hasil air tangan encik Abang
Semoga beliau rajin sampai kami bakal kahwin nanti.
Insya allah
Amin.
Hihi

Thursday, June 23, 2011

:: AISHWARYA RAI HAMIL ANAK PERTAMA ::

Muka Surat 106
Baru teringat baca berita harian pagi tadi 
Kalau pergi search kat google 
mesti dah kecoh satu dunia pasal berita ni.
Siapa tidak kenal dengan pelakon Aishwarya Rai,37 
dan suaminya Abhishek Bachchan,35  
yang kini khabarnya sedang menjangkakan kelahiran anak pertama. 

Amitabh Bachchan bapanya memecahkan berita 
melalui laman Twitter Amitabh Bachchan 
"I am going to become a grandfather! 
Aishwarya is expecting! So happy and thrilled!".

Amitabh kemudian berkata 
dia terharu dengan maklum balas pengikut 
dalam laman Twitter miliknya 
dan menerima 2,843 ‘tweets’ ucapan tahniah 
dalam setengah jam.
WOWW !

Mereka berkahwin pada 20 April 2007 
 di Juhu, Mumbai. 
Aishwarya sering dipetik oleh media
sebagai wanita paling cantik di dunia.

Akhirnya sekarang ada rezeki dapat anak. 
Mesti anak comel macam mak bapaknya. 
Yang pasti, anak mesti tinggi lampai 
macam mak, bapa atau datuknya 
Ahaks.
^__^

Nampaknya Amitabh Bachchan paling happy dan teruja lepas dapat tahu menantunya hamil

:: DEMAM PANAS ::

Muka Surat 105
Assalamualaikum.
Sebenarnya i jarang demam panas.
Kalau setahun hanya 2 atau 3x.
Alhamdulillah !

Kalau tak nak demam,
buat kerja rumah seperti biasa.
kalau kita manjakan sakit kita, 
lagi la dia melarat.
Tak gitu ?

Nak ikut petua Cik Ina ?
Terpulang nak ikut ke tak. ;p

PETUA 1
Beli coolfever, letak dekat dahi.
Jangan lupa makan panadol. 
Banyakkan minum air kosong.
Pakai selimut tebal² terus tidur.
Insya'Allah akan cepat sembuh ;)



PETUA 2
Kalau nak cepat kebah demam,
kerapkan mandi dengan wap air panas 3x sehari ( beli la sauna kalau nak senang ;p)
Lepas mandi mesti korang rasa sejuk sangat² dan mengigil.
Jangan lupa makan ubat.
Lepas makan ubat kena tidur secukupnya.
Esok pagi insya'Allah demam akan hilang.

Yang sauna i pakai tu, 
harga tak sampai RM200.
Tapi berbaloi sebab banyak kegunaan sauna.

Ini la petua Cik Ina.
Selamat mencuba

Wednesday, June 22, 2011

::GAYA TUDUNG HELIZA AF::

Muka Surat 104
Assalamualaikum.
Hari ini i rase bosan
terus cari pak google.
taip 'gaya tudung'
ternampak muka Heliza AF
terus buka gambar dia. (^_^)

Sampai sekarang i tak pernah pakai gaya tudung Heliza
Satu lagi, jarang sangat orang pakai macam gaya tudung Heliza
Lagi pun pelik juga dia pakai.
Banyak gila pakai lapis
Agak² dia nak yang lain dari yang lain.
Memang susah gaya tudung dia.
Cantik tudung dia pakai kan ?
I memang tak reti pakai tudung Heliza.
Ahaks  ;)

Tuesday, June 21, 2011

:: MUKA TANPA MEKAP ::

Muka Surat 103
I suka tengok muka Lisa Surihani.
Terutama muka tanpa mekap.
Jarang tengok muka dia mekap.
Mesti you all pun perasan kan ?
Bah kata Lisa, 
"sekali sekala kena buang make up semua, 
biarkan kulit muka bernafas"

Bagi i, Lisa ni memang tak payah mekap
Kalau muka dia mekap
bertambah la comelnya.
Tapi kulitnya memang natural,
Itu yang jarang tengok dia bermekap
Kalau muka i macam lisa
sampai bila bila i tak nak mekap
Seriusss~
Kecuali kahwin.
bab kahwin kena la bermekap
Badan pun kena langsing
Bukan apa, sepanjang hidup hanya sekali kahwin
Tak gitu ? :)

:: CONTEST BLOG SAYA COMEL ::

Muka Surat 102
First time masuk contest blog.
Terpukau dengan Cik Daya
Terima kasih sebab sudi tag Cik Ina
Ahaks ^_^

I pun nak menang juga.
Best gila kalau i dapat
Sebab tak penah dapat.

Anda ditag oleh Cik Ina  ^_^

Nak join ?
Jum klik kat sebelah --> Contest Blog Saya Comel

Friday, June 17, 2011

:: JALAN JALAN GUNUNG JERAI, GURUN ::

Muka Surat 101
Sekali sekala terasa teringin nak berada di awanan
Dah lama i nak pergi ke sana.
Terima kasih Encik Abang.
Rasa macam nak pergi lagi,
^__^

Kalau you all nak tahu
suasana di Gunung Jerai tak macam di Cameron Highland atau Genting Highland.

Kalau nak datang kat Kedah
apa kata cuba singgah di Gunung Jerai.
Jalan selekoh tak la teruk sangat.
Hanya 7km ja.
Itu pun kalau i tak silap.
Bunga yang segar di puncak gunung ;)
Sangat seronok !
Teringin nak pergi lagi.

Thursday, June 16, 2011

:: PANCING IKAN (VIDEO) ::

Muka Surat  100
Sempat juga i rakam
untuk buat kenangan
bersama Encik Abang and Khairul.
video

I dapat 2 ekor ikan 
walaupun kecil.
Terer tak ?
HAHA

:: TAHNIAH KEPADA AZAH & MACHA ::

Muka Surat 99
Dear Azah & Macha 
Selamat Pengantin Baru.
Semoga berkekalan bahagia hingga hujung nyawa.
^_^

"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu
dan memberkati keluarga kamu,
dan mengumpulkan kamu
dalam kebaikan dan kepada kebaikan"








Nanti datang la kat Putrajaya.
Boleh la ina bawa jalan jalan.
Mesti korang suka ~
Caya laaa !
Hik.hik.

Wednesday, June 8, 2011

:: BAWAKU TERBANG ::

Muka Surat 98
Dengar lagu ni 
terus jatuh cinta
Ahaks
by The Fabulous Cats

:: PANCAKE DURIAN ::

Muka Surat 97
Ramai orang kata
pancake durian ni sedap sangat.
Apatah lagi i pun nak rasa.

Hurrmmmm.
Bagi i, sedap juga
tapi tak la sedap sangat mana pun.
Pancake durian ni agak mahal.
1 set = 3 ketul.
Harga RM 7.90.
Mahal kan ?

Terlampau simple
Tak berbaloi dengan harganya.
Lagi pun bukan kenyang.
Kalau beli durian D24
lagi kenyang.
Licin gila i makan.
Percaya laaa !
^__^