Showing posts with label DRAMA. Show all posts
Showing posts with label DRAMA. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

:: DRAMA NORA ELENA ::

Muka Surat 94
Nora Elena drama yang ditayangkan di TV3
setiap Isnin-Khamis jam 7-8 malam
Start 9 Mei 2011 di TV3 slot Akasia
kini menjadi kegilaan dan sebutan ramai.
I mula layan cerita ni sejak episod 4.
Sebab keadaan i time tuh tak mengizinkan untuk tengok cerita ni.
Tapi i dah tengok secara online dari episod 1-4
dekat portal web rasmi tv3.com.my.

Sekali dah tengok drama ni memang tak boleh miss tengok.
Drama ni sangat best !
Lakonan Siti Saleha & Aaron Aziz sangat mantap.
Ramai kawan² i pun suka tengok drama ni
terutama watak romantik yang dibawa oleh Aaron Aziz
Bibik i pun suka tengok cerita, 
dah menjangkit dengan i sampai tak boleh miss tengok.
Ha.ha ;))
Aaron dikatakan romantik dalam cerita ni.
I like !

Tak sabar rasenye nak tengok episod selanjutnye.
Baru dapat tahu drama ni diataptasi dari sebuah novel
yang bertajuk "KASIH YANG SUCI"
Sekarang tak ada masa nak baca novel  tuh.
Dah lama i tak baca novel sejak kerja ni.
Dulu zaman sekolah boleh dikatakan i ni kaki novel.
Yang pasti drama lagi best dari novel.
Ada Aaron Aziz tuh yang layan drama ni.
Hek.hek ;)

Sesiapa yang peminat novel, jom layan drama ni. teruja sangat nak tengok drama berjudul Nora Elena ;)

Friday, January 7, 2011

::DRAMA KOREA HE'S BEAUTIFUL MENDAPAT RATING TERTINGGI DI KOREA ::

Muka Surat 33

Tak terasa, drama Korea He’s Beautiful @ You’re Beautiful memasuki episod 17

Pelakon dalam drama He’s Beautiful ni terdiri daripada Jang Geun Suk, Park Shin Hye, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, 
Sebuah drama remaja yang paling diminati dan mendapat rating tertinggi di Korea . He’s Beautiful disiarkan di 8TV pada Disember tahun lalu. Drama ini mengisahkan tentang tiga orang jejaka yang menyertai sebuah band K-pop yg di panggil A.N .JELL. Konfik yang bermula ketika pengurus band, Hoon Lee tersebut bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian ini menjadi huru hara sehinhha Hoon Lee terpaksa merayu kepada Mi Nyeo yang merupakan kembar kepada Mi Nam untk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh

Demi abang kembarnya, Mi Nyeo dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. pasangan kembar Mi Nyeo dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapakah ibu bapa mereka yang sebenar

Kejadian menjadi lebih rumit apabila Mi Nyeo seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi Nyeo namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin Woo cuba membantu Mi Nyeo dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi Nyeo. Ketika dia cuba membantu Mi Nyeo sedari sudah mula jatuh cinta kepada Mi Nyeo.

Drama ni dah nak hampir ke penghujungnya,
akan tamat pada 12 hb Januari ni,
Sebenarnya i tak sempat tengok dari mula-mula
tapi dah jumpa di mana nak download cerita He’s Beautiful ni
sebab tertarik bila tengok episod pertama lagi. 
Menarik jugak cerita ni. 

Sweet nye mereka berdua 
Park Shin & Geun Suk












SELAMAT MENONTON!

Monday, December 13, 2010

:: DRAMA KOREA-OH ! MY LADY ::

Muka Surat 9


Ini la drama korea yg tengah bercengkerama di 8TV tiap-tiap ari Isnin hingga Jumaat malam kui 8.30-9.30 . Memang besh cerita ni sebab romantik and lawak . Tambahan ade Chae Rim yg comey dengan Choi Si Won yg kacak AHAKS !


Drama nie bolehlah tahan walaupun heroin tua dari hero . ^_^ . Ada budak comel yg berlakon dalam drama nie , comel sangat-sangat sampai rasa nak cubit pipi dia !


Hari ini da nak tamat.
Jangan lepaskan peluang tengok malam ini taw ! AHAKS =P

OH ! MY LADY
Mengisahkan tentang seorang ibu rumahtangga berusia 35 tahun yang berani dan bersemangat, Yoon Gae Hwa, yang menerima pekerjaan sebagai manager dari seorang bintang bernama Sung Min Woo demi mendapatkan cukup wang untuk mendapatkan kembali hak asuh anaknya. Kisah mereka pun dibumbui dengan kisah romantis ketika mereka menemukan diri mereka dalam situasi hidup canggung sebagaimana Min Woo membayar Gae Hwa untuk merawat putrinya, Ye Eun.

Pelakon : Chae Rim(Yoon Gae Hwa),Choi Shi Won(Seong Min-woo),Lee Hyeon Woo(Yoo Si-joon)
Genre : Comedy, ROmance
Episode : 16
Tahun : 2010