Assalamualaikum
Jom kita amalkan selalu :)
Jom kita amalkan selalu :)
Positif
bersangka baik dengan orang lain dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Ceria
semua orang suka berada di samping orang yang ceria. Kehadiran orang yang ceria akan sentiasa dinantikan. Bersifat ceria akan membuat kita lupa bebanan yang ditanggung.
Ramah
berikan senyuman atau bertegur sapa walaupun dengan orang yang baru dikenali. Sikap ramah ini akan membuat orang lain berasa diterima dan dihargai.
Ringan tangan
kualiti seorang rakan dinilai melalui bantuan yang dihulurkan. Jangan tunggu dia meminta bantuan. Hulurkan bantuan sebelum dipinta
Percaya diri
tampilkan keunikan diri sendiri
Rendah diri
kalau rendah diri berbunyi satu kelemahan tapi rendah hati lebih seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk, tidak berlagak walaupun mempunyai kelebihan
Jujur
kalau kita jujur tak hairan apabila kita disukai ramai orang.
Kalau macam tu, i nak cuba berubah,
mahu menjadi insan yang lebih baik.
Kawan², tolong tegur i kalau ada yang tak senang ^_^
No comments:
Post a Comment