Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Friday, August 5, 2011

:: RAMADHAN OH RAMADHAN ::

Muka Surat 127
Hari ini dah 5 hari kita semua berpuasa.
Lagi 25 hari kita nak raya.
Baru 5 hari dah sibuk cakap pasal raya.
Tak patut, tak patut ! Ekeke !

Tahun ni paling banyak menguji kesabaran i di tempat kerja.
Bila i dah bising, memang kurangkan pahala i ni
Oke macam ni,
Oke ! kih kih kih ^_^
Dah 5 hari puasa, i masih belum pergi ke mana mana bazar ramadhan lagi.
Jauh beza kalau nak bandingkan dengan tahun lepas.
hari hari pergi beli tapi banyak membazir. =.=
Tak pergi bazar pun takpe
Lagi jimat ! 
(Jangan ikut nafsu) ^_^
tak beli air soya pun takpe,
tak beli murtabak pun takpe.
tak beli popia pun pun takpe.
yang penting ada sebakul pisang, korang ada tak ?
Mesti tak ada kan ?
Ahaks

Monday, August 1, 2011

:: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2011 ::

Muka Surat 126
Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik
akhirnya datang sekali lagi bulan mulia, bulan ramadhan 2011
cepat sangat masa dah berlalu.

Di sini Cik Ina ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam.
Tentang Ramadhan ni, sudah tentu puasa 30hari, terawih, sahur, berbuka
Paling penting, ini lah peluang kita untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan.
Lagi lagi syaitan semua kena rantai.

"Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu."
Kebanyakannya dah mula menunaikan solat Tarawih untuk malam yang pertama dan kedua sebentar tadi, terasa kemeriahannya. 
Harap berterusan untuk malam-malam seterusnya.
“Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu.

Friday, July 8, 2011

:: AMALAN BULAN SYAABAN ::

Muka Surat 115
Assalamualaikum semua !
Mari kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1. Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
P/S : Jom kita beramal ;)

Thursday, January 6, 2011

:: PETUA MEMOTONG KUKU ::

Muka Surat 32
Salam satu Malaysia.
I nak bagitahu semua pembaca tentang kebaikan dan elakkan pada hari ketika memotong kuku
ISNIN-nescaya keluar gila & penyakit dan masuk sihat
SELASA-nescaya keluar sihat dan masukknya penyakit
RABU-nescaya keluar was2 masuk kepapaan
KHAMIS-nescaya keluar penyakit dan masuk penawar
JUMAAT-nescaya keluar dosa masuk pahala dan rahmat
SABTU-nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masukknya penyakit.
AHAD-nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan

Kesimpulannya hari yang baik memotong kuku adalah
ISNIN, KHAMIS & JUMAAT