Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Monday, October 17, 2011

:: LEPAK SAMBIL MAKAN DI CYBERJAYA ::

Muka Surat 151
Assalamualaikum

Kali pertama i makan di Restoran Ariana
ala ala makanan Iran dekat Cyberjaya
Kalau nak bandingkan Ariana or Saba
Saba lagi sedap ah
sebab bau nasi dia wangi and lembut

Ini menu Ariana
Sayangnya i terlupa nak ambil gambar makanan Iran
bila we all dah habis makan 
baru teringat nak ambil gambar makanan  (punya kusyuk borak-borak)
Nasib baik sempat ambil gambar manusia-manusia yang comel and hensem
kahkahkah !
my sister - kakmai 
sangat pemurah hati ;)
**********************************************************

my brother in law - abg zamir
demam sebab tak dapat main tennis HAHA!
**********************************************************

my nephew - sufi
lena sangat sufi tidur sampai we all dah habis makan, 
**********************************************************

with my younger brother - abe and awi
semua dah berpunya ^_^
**********************************************************


p/s: Lepas makan, terus pergi makan tutti frutti, puas rasanya, thankyou kak mai !! 
i lap u (bukan bodek tapi ikhlas) ^_^

Thursday, July 7, 2011

:: SELAMAT HARI JADI BUAT KAKAKKU ::

Muka Surat 114
Happy Birthday to You !~
Semoga panjang umur
dan dimurahkan rezeki
Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.

Selamat Hari Jadi ke 26 ^_^
Semoga sentiasa diberkati ALLAH
Luv u ! Muahx ~

Monday, June 27, 2011

:: HARI BAPA ::

Muka Surat 109
Macam mana i boleh lupa upload kat sini.
Aduhaiii.
Minta maaf ayah !
(walaupun ayah tak tahu i ada blog sendiri)
Hek3 !

Korang mesti dah ucapkan hari bapa kan ?
Bagus la kalau dah ucapkan.
Tentu bapa kita gembira.

Selamat Hari Bapa kepada semua ayah²
Yang kehilangan bapa, sedekah lah Al-fatihah.
Yang masih mempunyai bapa, hargai la mereka.

Ini la ayah i,
nampak muda kan ?
Hakikatnya umur ayah i dah 63 tahun.
Ayah.....Selamat Hari Bapa,
Terima kasih kerana banyak berkorban untuk Na.
Tak tahu macam mana nak balas budi baik ayah selama ini :(
cuma mampu doakan kesihatan ayah 
dan dipanjangkan umur.

Na sayang ayah sangat²
Ayah memang yang terbaik !
Tak ade seorang pun boleh gantikan tempat ayah dalam hati Na.
 LOVE YOU VERY MUCH ! Muaahx ~

Saturday, May 14, 2011

:: HARI IBU ::

Muka Surat 86
Dah lame nak taip tentang hari ibu tapi tak sempat upload.-,-
Maybe semua tahu tentang tarikh hari pekerja, 
hari ibu bagi Malaysia ialah ahad minggu kedua pada bulan Mei , 
makne nye hari ibu jatuh pada 8 Mei 2011.
Lagi senang kalau set tarikh bagi 1 dunia tak ade la nak pening² kan. ^_^

Pasti semua orang dah biase dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu.
Bagi i, setiap hari pun adalah hari Ibu.
. Bukan senang nk jadi ibu kan. 
Buat mama i, Selamat Hari Ibu.
Paling diingati dengan ungkapan ” Syurga itu berada di telapak kaki Ibu”.

Hadiah Hari Ibu???
Ibu kaulah permata hatiku, tiada lain yang dapat menggantikan tempat mu Ibu.
Ibuku adalah ibu yang terbaik di dunia ini.
Mwuaahx !~

Monday, April 4, 2011

:: MIDVALLEY ::

Muka Surat 72
Hari sabtu, 2 April pergi ke Midvalley bersama Dekni.
Tujuan kami mesti la shopping.
Sebenarnye kat JUSCO ada sale dari 22 Mac sampai 3 April.
Mase ni last minit lagi 2 hari ada sale. ^_^

Sampai di Midvalley pukui 11.45 pagi
Lepas makan tengahari, terus shopping kat bahagian baju JUSCO.
Sampai kitorang spend 1 jam lebih kat situ.
Kalau ayah or boyfriend or lelaki ikut,  gerentinye mereka akan bosan kan. ;p
Beli kasut pun ade sale juga.
Lepas dekni puas beli baju & kasut terus minum kejap.
Kemudian pergi ke Salun Jantzen sampai 3 jam temankan dekni.
Lepas 2jam tunggu, rambut i cuci blow sekali semantara tunggu rambut dekni siap.
Terima kasih sebab belanja cuci blow.=P 







Time ni memang lawak. Sekali pandang nampak patung rupanye orang ni hidup-hidup. ^__^




Jam 11.45 pagi sampai 8 malam di Midvalley.
Rasa macam kejap pula.

Wednesday, February 16, 2011

:: MEMANAH DI SUNWAY ::

Muka Surat 55
Last minit 
semalam I berkesempatan 
untuk pengalaman macam mana memanah, 
bersama 2 orang adik lelaki di Sunway. 
Sebelum memanah I diajar asas-asasnya 
Yang berbaju merah tuh adalah pengajar
Ini la masa untuk memanah, 
pertama kali I memanah 
sambil kenyit-kenyit mata 
untuk mencari titik fokus. 
Payah sungguh, 
4 busar pertama sasaran tak kena langsung 
Teruk kan ! HAHA
pengalaman ni sangat KELAKAR 
Tak dapat lupa 
yg pengajar tuh 
tiba tiba gelak 
masa terkena sasaran nombor 5 
sedangkan i kusyuk di titik warna merah.
Haiyaaa ! Malunyee. HAHA ^__^

Monday, February 14, 2011

:: MAK ! HAPPY BIRTHDAY ::

Muka Surat 53
Hari ini adalah hari jadi Mak i.
Sempena ulangtahun mak, 
ku mendoakan agar 
ALLAH sentiasa melindungi mak 
dan dikurniakan kesihatan yg baik. 
Semoga kehidupan mak diberkati 
dgn rezeki yg berlipat ganda. 
Ku sentiasa mengharapkan mak selalu bahagia 
dan gembira mengharungi kehidupan didunia ini hingga akhir nanti.
Tak lupe juga 
semoga mak sentiasa bahagia di samping ayah 
dan kami berlima yg sentiasa menyayangi mama.
I LOVE YOU MAK !
Terima kasih diatas segala pengorbanan yg tak terhingga!
Tak terbalas segala jasa mak.
Na tak akan lupekan di saat-saat dari kecik sampai sekarang.
May Allah bless You

Tuesday, February 8, 2011

:: CUTI-CUTI KUCHING, SARAWAK ::

Muka Surat 50
Dah berapa hari yang sangat lama Cik Ina tak singgah kat sini.
Nak update blog pun tak sempat,
hari ni baru sempat update.
Mase raye cina ku terbang ke Sarawak bersama sekeluarga.
Ini la kali pertama terbang ke Sarawak.
Tak puas rasenye walaupun 3 hari

KUCHING TRIP 3-5 FEBUARI 2011


Hari pertama
14.00 :    Bertolak dari rumah
14.45 :    Sampai di LCCT
15.00 :    Lunch McD
15.50 :    Flight
17.15 :    Ketibaan  di  airport, Kuching
18.00 :    Check In di Hotel Somerset – Bilik 804 untuk bilik wanita ;)
19.00 :    Dinner – Ayam penyet, Megi Goreng Raja ^_^
18.15 :    Singgah di tempat River Side Walk.
19.30 :    Balik di hotel
20.00 :    Mandi,main kad Jiramin
 1.00 :    Zzzzzz 






***************************************************


Hari Kedua
7.00  :    Breakfast di hotel
8.00  :    Aktiviti di Matang Wildlife Centre
10.40 :    Aktiviti di Taman Negara Kubah National Park
baru naik sampai 100m hujan turun terpakse patah balik terus nsik van ;(
11.00 :    Singgah di kedai Kek Lapis Sarawak
12.00 :    Lunch – Nasi Goreng Ikan Kelapah Sarawak
13.00 :    Balik di hotel sambil main kad UNO.
14.30 :    Rehat sambil Zzzzz
16.30 :    Makan petang – McD lagik -.-
17.00 :    Naik kapal- Sarawak River Cruise
19.00 :    Dinner – Food Court : Nasi Goreng Kerang
20.30 :    Balik di hotel
22.00 :    Main kad Jiramin
00.30 :    Zzzzzzz


***************************************************

Hari Ketiga
8.00 :    Breakfast di dalam van
8.45 :    Aktiviti di Kampung budaya Sarawak, Damai
time sampai, pintu tk buka lagi, singgah sekejap dekat Damai Beach Resort
13.00 :    Lunch – Oldtown
14.30 :    Aktiviti Riadah – Kawasan Market : Beli ole-ole ^_^
16.00 :    Balik di hotel sambil rehat.
19.00 :    Bersiap-siap untuk check out
19.30 :    Sampai di airport Kuching
20.30 :    Dinner – KFC
21.50 :    Flight
11.40 :    Ketibaan di LCCT
13.00 :    Sampai rumah 

 ~TAMAT~

Sunday, January 23, 2011

:: SKYTREX ADVENTURE,SHAH ALAM ::

Muka Surat 41
Skytrex Adventure: Big Thrill Challenge



Hari ni hari ahad, i sekeluarga pergi ke Skytrex Adventure di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.
Sebenarnye sebelum seminggu ayah i sudah booking melalui online tempat tuh.
Tempat tuh kena booking awai kot sebab takut nanti full.


7.30 pagi - Sebelum bertolak,kami kena breakfast dulu. Makan nasi lemak dimasak oleh mak i.
7.45 pagi - Bertolak dari Putrajaya
8.30 pagi - Sampai ke Taman Pertanian Skytrex
9.00 pagi – Bermula dengan melakukan aktiviti Big Thrill.
11.00 pagi – Berjaya menghabiskan Skytrex Adventure,Big Thrill.  YEHAAA !

Layanssssss ;)
Sementara menunggu bas yg nk bawa kami masuk ke dalam bukit cerakah – Big Thrill 
 

Huru hara kejap,kena daftar nama dulu


Benda pertama yang dia bagi masa sampai sana ialah safety harness. 
Setiap peserta yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan harnest, dua buah caribiner yang diikat pada tali lanyard, pully dan sarung tangan.




Kami da ready ;)
Ini la aktiviti nya.-
panjat tangga berketinggian lebih kurang 12m,
flying fox,
panjat tangga berketinggian 6 meter,
bergayut,
guna tali,
batang-batang paip,
jambatan tali
Semuanya ada 22 check point kot ^_^
Paling banyak-banyak flying fox

 Sebelum naik,bace doa dulu taw ^_^
Last-last saye da ready untuk buat paip bergoyang tuh
Terus saye pun "Bismillahirrahmanirrahim"...
Susahnye bile nak capaikan kaki ke next paip, paip tu asyik bergerak-gerak ja T_T
flying fox ade  7 or 8 kot
Ini la paling suka flying fox, macam terbang ^_^
Dalam banyak-banyak challenge paling penat naik turun tangga T_T

























 



Memang Seronok kerana Berjaya Menghabiskan Skytrex Adventure: Big Thrill Challenge ! YEEPPII !!!
Apa apa pun tempat ni memang best.
Maklum la pengalaman ni buat pertama kali naik Big Thrill yang tak mungkin i lupakan.

Kesimpulannya memang best naik big thril.
MUST TRY!!

Selain menyediakan aktiviti skytrex, terdapat juga aktiviti dan kemudahan lain yang disediakan seperti berbasikal, kayak, paintball, chalet dan juga tapak khemah.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web :
http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my/web/guest/skytrex