Showing posts with label JOM MASAK MASAK. Show all posts
Showing posts with label JOM MASAK MASAK. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

:: JOM BUAT KUIH CEKMEK MOLEK ::

Muka Surat 137
Assalamualaikum
Mungkin ada yang tak pernah tengok atau dengar nama kuih ni
Tapi kuih ni sangat popular di pantai timur, 
iaitu Kelantan and Terengganu.
Kawan i pernah cakap kalau kuih dari Kelantan 
agak manis, mungkin banyak bubuh gula.

Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni,
di bulan Ramadhan sangat sangat rajin buat kuih ehehe ;)
Jom tengok rupa kuih cekmek molek 
^_^

I guna ubi keledek kaler oren, nampak comel ah :D


Ini la rupa cekmek molek, comel tak ? Haha

Kalau you all nampak kat tengah tengah kuih yang dipotong tu,
ada gula cair meleleh tapi tak la manis sangat
I bubuh gula sikit,
sebab tak berapa nak makan yang manis manis.

Sebenarnya resipi ni sangat sangat senang ! 
Ambil la resipi ni :)

Bahan bahan
2 ketul ubi keledek
1 cawan tepung gandum (jangan lupa diayak)
gula putih
minyak masak (untuk goreng)

Cara cara
1. Masukkan ubi keledek (buang kulit dulu ), air, and garam ke dalam periuk.
Biar sampai ubi keledek empuk.
2. Bila dah empuk, tumbuk keledek satu persatu sampai lumat and masukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit,
adun sampai boleh dibentuk.
4. Bentukkan adunan bulat bulat , leperkan and masukkan gula putih di bahagian tengah tengah., rapatkan bahagian tepi and bentukkan membujur.
 5. Gorengkan dengan api sederhana sampai dah masak.

Dah siap dah ! 
Selamat mencuba :)

AWAS ~ 
Jangan makan masa panas panas, nanti melecur lidah,
tunggu 5-8 minit baru boleh makan, kalau dah sejuk memang tak berapa sedap ^_^

Wednesday, June 29, 2011

:: SAMBAL TELUR WANGI ::

Muka Surat 111
Assalamualaikum.
Semalam i masak sambal telur wangi.
Nampak macam senang kan
Memang senang sangat
Kepada orang yang baru belajar,meh la masak sambal telur wangi
Hehe.
Resipi Cik Ina ^_^
cili kering dikisar bersama serai (lagi sedap lagi wangi)
air asam jawa
garam
gula
bawang putih 
minyak masak
telur
1) Masukkan minyak sikit,tumis bawang putih sampai naik bau
2) Masukkan cili kisar tadi,ikut banyak mana yang nak pedas, i guna 1 senduk untuk 3 biji telur .
3) Kemudian tunggu sampai pecah minyak
4) Kemudian letak air asam jawa + garam + gula.
5) Rasa dulu,mana tahu kalau tawar.
Kalau pedas sangat letak gula. Kalau manis letak garam
Kalau terlajak air asam jawa letak garam + gula
Kite ada lidah so rasa la. ^_^
6) Kalau rasa dah sedap, letak air sedikit, kacau 10 saat, terus pecahkan telur dalam sambal tadi.
7) Jangan kacau dulu ! Biarkan sampai telur separuh masak, baru kacau sikit.
8) Hidangkan ! Dah siap. ;)

Tuesday, May 3, 2011

:: KEK BATIK ::

Muka Surat 82
Assalamualaikum
Dah banyak i buat kek batik .
Pertama kali agak lembik, maklum la tak pernah buat kek batik
Buat lagi sekali keras sangat
Apa lagi terus buat kek batik ni sampai 4x baru menjadi
Nasib baik i bukan jenis mudah putus asa hehe~

Makan kek batik terus suka sangat
Tak tahan tengok kek batik ni
Lahir lahir ja dah suka kek batik
AHAHA !~

Geram oh kalau beli kat kedai
Sepotong pun mahal sangat
Kadang kadang rasa manis sangat
Boleh kena penyakit kencing manis 
Kan kan kan   ^_^


Walaupun tak berapa cantik, tapi cute juga kan .  Hihi ~
Memang sedap 
Cuba la buat. ~


SEBENARNYA KEK BATIK SANGAT SIMPLE 
Caranya memang senang tapi pastikan bahan-bahan yang ada.


Bahan-bahan
Biskut Marie - sebungkus (patahkan  2)
Butter - 250g
Milo - packet kecik 200g
Serbuk koko - 2 sudu besar
Susu pekat manis - setengah tin



Caranya
Satukan butter and susu dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau selalu  sampai semua larut.
Masukkan serbuk koko and milo yang dibancuh sedikit air, kacau sampai rata. 
Setelah pekat, masukkan biskut marie. 
Gaul laju laju sampai semua bahan-bahan dah rata, terus tutup api. 
Letakkan kertas minyak atas tin kek yang telah dilenser dengan sedikit butter. 
Tuangkan and ratakan permukaan kek. *JANGAN LUPA* Ambil sudu untuk tekan-tekan bagi padat dengan rata. Kalau tak, memang tak ada rupa kek. Macam biskut cicah coklat pun ada. AHAKS ~ 

Biarkan sejuk dulu baru dipotong. 
Simple kan ?


~ SELAMAT MENCUBA ~

Saturday, April 30, 2011

:: LEMPENG SUSU::

Muka Surat 81

Hari ini I masak lempeng susu untuk berbuka. Sebab semua ada bahan-bahan dekat dapur.
Actually, ini kali pertama I masak lempeng susu. Ahaks !~
Walaupun senang tapi lempeng mcD (pancake) lagi sedap.
Selalunye pancake mcD untuk breakfast.
Kalau untuk mak ayah memang sesuai sangat  sebab tak berapa manis yang I buat lempeng susu ni.

Nak tahu resipi ? Senang sangat.
Makcik-makcik, pakcik pakcik.sila la salin resipi ni. :))

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
2 sudu makan gula
1 biji telur
2 sudu makan air
sedikit garam
esen vanilla
Cara-cara :
1.  Gaul tepung dengan garam.
2.  Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau.
3.  Masukkan gula+telur+air+esen vanila. Pukul adunan hingga sebati.(I guna whisk masa pukul adunan)
4.  Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan sendukkan adunan ke dalam kuali. Balikkan bila sebelahnya sudah masak.
5.  Sudah siap ! 

Boleh dimakan dengan madu, coklat, peanut butter.  
SENANG KAN !!!

Wednesday, March 2, 2011

:: KEK PISANG ::

Muka Surat 64
Dah lama nak buat kek pisang ni,
hari sabtu lepas 26/2/2011 i pergi ke kelas untuk belajar buat kek pisang & kek carrot di Presint 9.
Alhamdulilah !
Ini la semalam kali pertama buat kek pisang.
Dapat kepujian dari mama,ayah and kakak
Laku sungguh 
Lepas ni nak bagi kawan-kawan rasa pula ^__^



Friday, December 24, 2010

:: IKAN KERAPU MERAH 3 RASA ::

Muka Surat 22
MASAK-MASAK
Ikan Kerapu Merah 3 Rasa

Resipi Cik Ina
1ekor ikan kerapu (kalau tak muat masuk dalam kuali boleh juga potong dua)
bawang putih + bawang merah – dikisar
bawang besar - dipotong dadu
serbuk cili – dibancuh dengan sedikit air
kacang panjang - dipotong pendek
kacang beans - dipotong dua
carrot - dipotong nipis
sos tomato
sos cili
serbuk kunyit bersama garam
minyak masak

I masak memang tak ada sukat-sukat
nampak cute dah kira oke
Sebenarnya 1st time i masak ikan kerapu merah
Ayah kata sedap sedap sangat
Banyak puji dari ayah
Yepiiii ! ^_^
You all mesti suka 
Mesti suka punya
Sedap ikan kerapu ni
Terima kasih Uncle sebab belikan ikan yang sangat fresh

Wednesday, December 8, 2010

:: NASI GORENG CIK INA ::

Muka Surat 4
Setelah sampai rumah jam 6 petang dari Subang Jaya
terus mandi, solat dan bersiap-siap masak untuk makan malam.
Dah ciap dah.
Jemput makan !
Nampak sedap tak ?
Sedap kan  =P
Sebenarnya resipi ni lebih kurang sama macam Encik Abang.  ;)