Thursday, August 25, 2011

:: DAH DEKAT NAK RAYA ::

Muka Surat 142
Assalamualaikum
Sedar tak sedar dah 25 hari berpuasa ,
nampaknya lagi 4 hari menjelang bulan Syawal,
masing masing sibuk membuat persiapan raya 
mesti you all sibuk nak beli baju raya, biskut raya, sediakan duit raya, balik raya and bla blaa
yang pasti semua pasal raya. AHAHA

Sekarang ni pusat shopping dah semakin sesak dengan ramai orang yang mula membuat persediaan untuk menyambut raya
Bagus la kalau macam tu. 
Cuma i belum buat persediaan, lagipun persiapan raya i adalah mendengar lagu lagu raya  EHEHE

You all, sewaktu berbelanja, berbelanja la dengan berhemah eh, 
Jangan membazir tau, banyak kita nak pakai duit untuk belanja yang lain
Apa kata you all jalan jalan cuci mata lagi jimat. Tak gitu ? HIHI

You all pakai baju warna apa untuk raya tahun ini ?
I punya tempah belum siap lagi.
Dah dekat 2 bulan, lambat pula.

NOTA : Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua umat Islam. 
Kepada yang drive tu berhati hati eh, ingat la orang yang tersayang ^__^

Wednesday, August 24, 2011

:: BUKTINYA AIR CINCAU FITRAH PALING SEDAP ::

Muka Surat 141
Assalamualaikum
Sekarang i cukup jatuh cinta dengan air cincau
Pertama kali masa beratur nak bayar,
yang depan ada dua orang beli sebotol cincau
terus i cepat cepat pergi ambil sebotol cincau,
nak rasa dulu sama ada sedap ke tak.
eeeeeee sedapnyaaa,

Kalau i tak beli, abe la selalu beli air botol cincau
(terharu kejap) ^_^
sebenarnya abe adik kesayangan i. ehehe
I sangat bertuah dapat adik lelaki yang selalu beli makan minum membuatkan i sayang dekat abe.
 Terima kasih abe ^_^

Sebenarnya hari hari i minum sejak bermulanya bulan Ramadhan
waktu berbuka mesti minum air cincau dulu
Sampai abe kata i dah "ketagih"
AHAHA nak buat macam mana, tak jemu langsung. ^_^

Jenama cincau fitrah
1hari - 1 botol (kan i dah cakap hari hari minum) ^__^
Berat bersih : 500ml
Produk : Fitrah
Prince : 1.90 (Petronas)
Tiada bahan pengawet and dijamin HALAL (paling i suka)



Cincau Original


Yang ni i selalu guna 5 sudu makan cincau hitam dicampur dengan air cincau fitrah
sebenarnya tekak i memang tak boleh terima kalau campur air yang lain macam air sirap cincau, air bandung cincau and air soya cincau
Bagi i, paling sedap air cincau semula jadi baru menikmati ^_^ 
Sedap kalau minum sejuk tapi bukan ais oke
********************************************************************
Nota : Anyway, my parents kena penangan dari i, ahaks ~. Lagipun air cincau ni bagus minum untuk kesihatan.  :) wink wink

Tuesday, August 23, 2011

:: AKHIRNYA DAPAT MAKAN MACAROON ::

Muka Surat 140
Lokasi : Kedai whisk, Empire Subang
Yeepppiiiiiiiii~
Ini la i nak makan selama ni

Finally, on 20 Ogos dapat juga merasa macaroon
Dah lama mengidam,  ^_^
tapi perisa coklat and mint tak dapat rasa lagi.

Haaa i tak kisah, janji dapat  makan macaroon sendiri,
antara semua perisa i makan, yang paling sedap perisa coffee
puas dapat makan 5 biji walaupun tak dapat rasa coklat and mint

Thank you kakmai ~  (klik sini)

Orang cakap kat Malaysia susah nak dapat macaroon (memang pun)
Pendek kata macaroon ni adalah pemanis mulut :)

Monday, August 22, 2011

:: MENU BERBUKA [4] ::

Muka Surat 139
Assalamualaikum
Selamat berpuasa untuk hari ke 22
Nak tayangkan menu berbuka yang ke 20 and 21
Boleh tengok tapi jangan asyik tengok nanti terliuh pula.
Ehehe ^_^

Menu berbuka 20 Ramadhan 2011

Kek Batik (by Cik Ina) ^_^ 
Nasi ayam (by Cik Ina) ^_^
Sup tulang (by Mama)
Kuih buah melaka (by Awi)
Agar agar merah (by Cik Ina) ^_^
Puding (by Kak Ipar@Kak Linda)
Cekodok pisang (by Cik Ina) ^_^
Alhamdulillah kenyang sangat sangat dengan menu berbuka puasa yang ke 20 ^__^


**********************************************************


Menu berbuka 21 Ramadhan 2011
Paling laku i masak daging kicap berlada hitam and ayam masak merah. Hihi

Cekodok pisang
Ayam masak merah
Pajeri nenas
Daging kicap berlada hitam
Tomyam cendawan
Ulam (beli) ^_^


*Kalau nak buat kek batik, ambil la resipi ni -->kek batik

Selamat berbuka puasa ^__^

Friday, August 19, 2011

:: MENU BERBUKA [3] ::

Muka Surat 138
Assalamualaikum
Tup tup dah masuk hari yang ke 19,
esok pula hari yang ke 20 puasa
pejam celik pejam celik dah nak raya. ^_^

Nak tayangkan menu berbuka yang ke 16 and  18
Jangan terliuh eh ? Hihi

Menu berbuka yang ke 16
Sotong masak merah
Sup campur
Tauhe goreng


Simple kan,
itu pun tak banyak bahan bahan,
apa yang ada dalam peti sejuk, terus ambil and masak. ;)


********************************************************
Menu berbuka yang ke 18
Sambal telur mata kerbau
Daging kicap pekat
Ulam
Sagu merah
Goreng pisang ranggup
Cekodok jagung

Habis semuanya family makan
Yeppi ^_^




Selamat berbuka and jangan lupa baca doa :)

Wednesday, August 17, 2011

:: JOM BUAT KUIH CEKMEK MOLEK ::

Muka Surat 137
Assalamualaikum
Mungkin ada yang tak pernah tengok atau dengar nama kuih ni
Tapi kuih ni sangat popular di pantai timur, 
iaitu Kelantan and Terengganu.
Kawan i pernah cakap kalau kuih dari Kelantan 
agak manis, mungkin banyak bubuh gula.

Sebenarnya dah lama tak buat kuih ni,
di bulan Ramadhan sangat sangat rajin buat kuih ehehe ;)
Jom tengok rupa kuih cekmek molek 
^_^

I guna ubi keledek kaler oren, nampak comel ah :D


Ini la rupa cekmek molek, comel tak ? Haha

Kalau you all nampak kat tengah tengah kuih yang dipotong tu,
ada gula cair meleleh tapi tak la manis sangat
I bubuh gula sikit,
sebab tak berapa nak makan yang manis manis.

Sebenarnya resipi ni sangat sangat senang ! 
Ambil la resipi ni :)

Bahan bahan
2 ketul ubi keledek
1 cawan tepung gandum (jangan lupa diayak)
gula putih
minyak masak (untuk goreng)

Cara cara
1. Masukkan ubi keledek (buang kulit dulu ), air, and garam ke dalam periuk.
Biar sampai ubi keledek empuk.
2. Bila dah empuk, tumbuk keledek satu persatu sampai lumat and masukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit,
adun sampai boleh dibentuk.
4. Bentukkan adunan bulat bulat , leperkan and masukkan gula putih di bahagian tengah tengah., rapatkan bahagian tepi and bentukkan membujur.
 5. Gorengkan dengan api sederhana sampai dah masak.

Dah siap dah ! 
Selamat mencuba :)

AWAS ~ 
Jangan makan masa panas panas, nanti melecur lidah,
tunggu 5-8 minit baru boleh makan, kalau dah sejuk memang tak berapa sedap ^_^

Monday, August 15, 2011

:: DOODLE CIK TEMPE ::

Muka Surat 136
WAAHHHHHH !!!!!
Comel bangat cik tempe pilih and edit gamba kami ala ala kantun,
Macam nak lagi, boleh tak cik tempe ?  =D
Comel tak ???? 
Pakaian serupa walaupun tangan tak sama , ahaks ~

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Cik Ina
 Thank you, thank you cik tempe yang comel !!!
Tak lupa juga terima kasih kepada Cik Miera, tanpa dia tak mungkin jumpa ke blog cik tempe ^_^

**********************************************************
 Anda ditag oleh Cik Ina  :)
makcik cantek

p/s : kalau encik Abang tengok gambar ni mesti tergelak punya, ahaks ~

:: BERBUKA PUASA BERSAMA SI DIA ::

Muka Surat 135
Assalamualaikum
Akhirnya semalam dapat juga keluar bersama encik Abang,
Penat sungguh berjalan-jalan 
mungkin agaknya dah lama tak keluar jalan jalan di KL 
tambahan dalam bulan Ramadhan, ,
macam i tak biasa pula kan, teeheee ~
Sebenarnya kami berdua agak susah untuk mencari masa yang dihabiskan bersama,

Selain dapat berbuka bersama keluarga, 
saat saat yang paling manis and menggembirakan 
sudah pasti dapat berbuka bersama encik Abang. wink wink ;)

Hari berpuasa yang ke 14 iaitu 14 Ogos 2011
^_^
************************************************

Berbuka di Restoran CT yang berdekatan di Pertama, 
dan ini merupakan kali pertama kami berbuka puasa bersama. Yeppi !
CEWAH!
banyaknya ambil gambar makanan. HAHA !
Tengah tunggu waktu berbuka puasa
sambil menghadap semua hidangan tu, ahaks~
Nasib baik semuanya dah habis,
kalau tak habis, nampaknya kami memang godaan sebab membazir, ;p


Last berbuka puasa bersama tahun 2009,
tahun lepas 2010 tak pernah berbuka bersama,
Tahun ni baru dapat berbuka buat kali pertama bersama encik Abang, thank you :)

Friday, August 12, 2011

:: ORDER MACAROON TELAH DIBATALKAN ::

Muka Surat 134
Assalamualaikum
Last minit hari Rabu dapat mesej dari tauke Macaroon
katanya dia nak cancel macaroon yang i order (link) and dia minta maaf banyak banyak, 
tak apa la nak buat macam mana kan ?
walaupun kecewa sikit tapi i reda,

Hajat di hati nak terai makan macaroon coklat and mint,
but at that time susah sangat nak jumpa,
alahai, bila pula nak rasa,
lastly i pendamkan @_@
dah glamor tapi masih belum peluang lagi nak beli, huu~

Yang ni gambar google punya oke~
Geram kan tengok kaler, comel gila !

**************Satu hari tiba tiba *****************


Yeppii ! Sayang kakmai kat bawah ni, :D
Kakmai, i will wait , jangan hampakan chef dekna tau, yeppi !!
kih kih kih ^_^

Thursday, August 11, 2011

:: JOM SERBU TUTTI FRUTTI DI CYBERJAYA ::

Muka Surat 133
Assalamualaikum
You all dah pernah rasa ke ?
Sebenarnya i tak pernah rasa, sumpah !
Ini first time.


Ada 3 saiz cawan
I pilih yang sederhana.
Kita boleh pilih sendiri perisa and topping yang kita suka

Layan gambar dulu eh :)
Ni kakak punya

Awi punya ~

Abe punya

Ini tuan blog punya 
wink wink ~ ^_^
Perisa : chocolate, green apple and rasberyis
(Hati hati masa press yogurt yang kita pilih) ;)
Topping : chocolate and strawberry
Hiasan : chocolate chips and almond
 chocolate paling sedap ah. Seriuuss !!
I tak ambil buah langsung sebab tak perasan ada kat situ.
Tapi ada juga i fikir kalau ambil buah, 
lagi mahal sebab berat buah.
lagipun harganya bergantung pada berat
100gram = RM 5.30
Ahak mahal ~ Huuuu
Baik ambil yogurt banyak banyak dengan toping yang ringgan
baru untung
Apa apa pun aiskrim ni memang berkhasiat sebab ada yogurt.
TUTTI FRUTTI ni sebenarnya adalah frozen yogurt

Dekat sini ada banyak perisa 
iaitu grape,mango, green apple, chocolate delight,almond,banana and bla bla
Lagi sedap dimakan dengan pelbagai jenis topping
hiasan pula macam macam ada 
kacang cincang,badam,krimis,strawberry,mango,kiwi and bla bla bla =P

*****************************************************************
Ini cara cara bagi orang yang tak pernah pergi
 1. Mula mula kena ambil cup mengikut nafsu masing masing,
kalau rasa nak banyak ambil cup paling besar ;p
kalau tak, pilih cup kecil, ^_^
kemudian pilih yogurt,you all kena press sendiri
boleh mix perisa pilihan


2. Pergi ke kaunter sebelah,boleh pilih kekacang, jelly atau buah buahan ikut citarasa
opsss jangan lupa, Tutti Frutti ni pakai timbang kati,
so kena pandai pandai tau. Nanti tak cukup bawa duit. Ekeke ~


3. Dah abis pilih,pergi timbang dekat kaunter,
pejam pejam 2saat, bila buka mata mesti you all terkejut kalau berat 400gram

*****************************************************************

Chewahhh !
Licin kan ~
Sedap oh

Lepas ni memang wajib nak pergi lagi 
itu pun ada orang belanja
HAHA ^_^

Kalau you all tinggal di area Putrajaya or Cyberjaya,
sila beli ke Tutti Frutti yang berdepan restoran nasi kandar (Rasa Seri Alamanda 24jam)
Rasa jangan tak rasa. 
Location : Terletak di Neo Cyber, Cyberjaya (baru dibuka Julai 2011)
Website : Tutti Frutti

Wednesday, August 10, 2011

:: SEMUA ORANG AKAN SAYANG KITA ::

Muka Surat 132
Assalamualaikum
Jom kita amalkan selalu :)

Positif
bersangka baik dengan orang lain dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Ceria
semua orang suka berada di samping orang yang ceria. Kehadiran orang yang ceria akan sentiasa dinantikan. Bersifat ceria akan membuat kita lupa bebanan yang ditanggung.

Ramah
berikan senyuman atau bertegur sapa walaupun dengan orang yang baru dikenali. Sikap ramah ini akan membuat orang lain berasa diterima dan dihargai.

Ringan tangan
kualiti seorang rakan dinilai melalui bantuan yang dihulurkan. Jangan tunggu dia meminta bantuan. Hulurkan bantuan sebelum dipinta

Percaya diri
tampilkan keunikan diri sendiri

Rendah diri
kalau rendah diri berbunyi satu kelemahan tapi rendah hati lebih seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk, tidak berlagak walaupun mempunyai kelebihan

Jujur
kalau kita jujur tak hairan apabila kita disukai ramai orang.

Kalau macam tu, i nak cuba berubah, 
mahu menjadi insan yang lebih baik.
Kawan², tolong tegur i kalau ada yang tak senang ^_^

Monday, August 8, 2011

:: MENU BERBUKA [2] ::

Muka Surat 131
Assalamualaikum
Macam tak percaya my parents teringin nak i masak mihun goreng lagi
(tiba tiba terasa diri macam chef)
Ahaks ~

Menu berbuka yang ke 7 ;)
mihun goreng
cekodok pisang 
(baru tak lupa ambil gambar cekodok) muehehe~

Simpe kan i masak ? 
Sebab tak tahu nak masak apa
kalau hari jumaat and sabtu banyak tau i nak masak.
ahaks ~ ^_^

Selamat berbuka ~

Sunday, August 7, 2011

:: MENU BERBUKA [1] ::

Muka Surat 130
Assalamualaikum ~
Selamat berpuasa untuk hari ke 7
Dah 7 hari berpuasa berat dah turun 2kg,
kalau 30 hari berpuasa mesti turun 10kg
cewaaah bestnya ~
kena tengok apa yang i makan.
Baru tak nampak perut i yang buncit ni.
Ahaha ~

Nak tayangkan menu berbuka yang ke 5 and ke 6.
Laku juga i masak ^_^
Sebenarnya i ada selera nak makan banyak kalau i yang masak, 
bukan sebab sedap
tapi memang macam tu.
Tak percaya, cuba tanya orang yang dah biasa memasak.
^_^

Menu berbuka yang ke 5
Sambal ayam
Daging kicap berlada hitam
Sup cendawan
Kacang buncis goreng
Sagu merah
Pisang goreng ranggup ( lupa ambil gambar) =P
 ****************************************
Menu berbuka yang ke 6
Ayam bersos
Kicap cendawan berkuah
Puding karamel tanpa telur
Cekodok pisang ( lupa ambil gambar ) ^_^

 Sebenarnya hari hari i masak cekodok pisang dengan pisang goreng ranggup
tu yang lupa ambil gambar, ahaks ~

Alahaii 
hari ni tak tahu nak masak lauk apa,
kalau hari jumaat and sabtu punya banyak idea nak masak tanpa berfikir.
muahaha  ^_^
Oke la
Selamat berbuka
Jangan lupa baca doa eh :)

Saturday, August 6, 2011

:: MACAROON MACAROON ::

Muka Surat 129
Assalamualaikum.
Huuu nak tanya sedap ke macaroon ?
I ada tengok dalam google,
memang menarik and tersangat la cantik
banyak warna warni macam pelangi.
Tak gitu ? ^_^
Eh terliuh ke ?
Cover sikit, tak manis ah duduk depan laptop
sambil tenganga tengok macaroon. 
Muehehe ~

Baru baru ni, ramai orang duk cerita pasal macaroon
nampaknya ramai dah berkenan
terus i oder 5biji perisa coklat and 5biji perisa mint
katanya hari Rabu ini dia akan hantar dekat rumah i
Tak lupa juga i ada pesan kurangkan manis
sebab nak bagi semua family rasa
kalau diorang suka boleh la i oder lagi
untuk birthday adik i bulan depan.
Teringin juga nak rasa perisa coklat dengan mint
Hari itu member i ada bagi sebiji kaler purple
ternyata memang memangg manis sangat ah
yang berkrim tuh manis gila
tak tahu perisa apa.

Hurmmm ~
Dengar kata kalau beli dekat kedai, sebiji RM2,
betul ke ?
I sendiri pun tak tahu,
tak pernah nampak kedai macaroon.
Kalau pernah nampak tak la i tanya. ;p

Kesimpulannya, tak sabar nak tunggu hari Rabu ni. 
wink wink ^_^

:: CUTI TAMBAHAN PERTINDIHAN HARI RAYA PUASA & HARI KEBANGSAAN 2011::

Muka Surat 128
Di bawah ini merupakan kenyataan rasmi
dipetik dari Utusan Malaysia Online bertarikh 25 Mei 2011 yang lalu


Cuti raya sudahpun ditambah sehari
sebab cuti raya kita yang bertindih dengan sambutan hari Merdeka.
Ini memang berita gembira !
Jimat cuti tahun.
Ahaks !

Raya tahun ini i berazam nak buat cupcake dengan biskut untuk tetamu istimewa
wink wink !

Friday, August 5, 2011

:: RAMADHAN OH RAMADHAN ::

Muka Surat 127
Hari ini dah 5 hari kita semua berpuasa.
Lagi 25 hari kita nak raya.
Baru 5 hari dah sibuk cakap pasal raya.
Tak patut, tak patut ! Ekeke !

Tahun ni paling banyak menguji kesabaran i di tempat kerja.
Bila i dah bising, memang kurangkan pahala i ni
Oke macam ni,
Oke ! kih kih kih ^_^
Dah 5 hari puasa, i masih belum pergi ke mana mana bazar ramadhan lagi.
Jauh beza kalau nak bandingkan dengan tahun lepas.
hari hari pergi beli tapi banyak membazir. =.=
Tak pergi bazar pun takpe
Lagi jimat ! 
(Jangan ikut nafsu) ^_^
tak beli air soya pun takpe,
tak beli murtabak pun takpe.
tak beli popia pun pun takpe.
yang penting ada sebakul pisang, korang ada tak ?
Mesti tak ada kan ?
Ahaks

Monday, August 1, 2011

:: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2011 ::

Muka Surat 126
Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik
akhirnya datang sekali lagi bulan mulia, bulan ramadhan 2011
cepat sangat masa dah berlalu.

Di sini Cik Ina ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam.
Tentang Ramadhan ni, sudah tentu puasa 30hari, terawih, sahur, berbuka
Paling penting, ini lah peluang kita untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan.
Lagi lagi syaitan semua kena rantai.

"Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu."
Kebanyakannya dah mula menunaikan solat Tarawih untuk malam yang pertama dan kedua sebentar tadi, terasa kemeriahannya. 
Harap berterusan untuk malam-malam seterusnya.
“Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu.