Wednesday, January 19, 2011

:: VANIDAH IMRAN & SUAMI ISHAK KE MAHKAMAH ::

Muka Surat 37

Semalam baca Metro Harian, berita pasai Vanidah Imran dan Suami Rashidi Ishak ke Mahkamah, 
Huh!! Buat suspen ja, 
Nasib baik la pergi sana cuma nak temankan anak saudara Vanidah Imran
untuk tuntutan nafkah anak.
Vanidah pun dah terangkan kat media pasai kehadiaran mereka berdua di mahkamah syariah Isnin lalu.  
Haduii, jangan la ada yang di sembunyi-sembunyikan, 
Harap-harap rumahtangga Vanidah dan suami tetap teguh, suka sangat dengan pasang ini
sangat serasi and romantik  
Yg pasti mereka berdua juga contoh pasangan artis yang bahagia dengan rumahtangga mereka.
CERITA cinta pasangan bahagia Vanidah Imran dan Rashidi Ishak tidak lama. Hanya sekali pandang, Shidi sudah jatuh cinta dengan gadis kelahiran Pulau Pinang itu.

Dalam masa dua minggu ketika kedua-duanya terlibat dalam penggambaran drama Athirah pada tahun hujung tahun 1999, Shidi telah melamar Vee untuk menjadi suri hatinya.

Hanya dalam tempoh setahun iaitu pada 1 Oktober 2000, mereka sah bergelar suami isteri dan sehingga kini secara rasmi perkahwinan yang dibina atas cinta itu sudah masuk tahun ke-10 dilengkapi dengan dua cahaya mata Mikail Aimran, 9, dan Maryam Rashika, 6 tahun.

“Pertama kali bertentang mata dengan Shidi, saya seperti terkena kejutan elektrik dan berkata dalam hati kenapa saya rasa saya kena berkahwin dengan dia,” kata Vee saat pertama kali bersua dengan Shidi.

Shidi pula yang membocorkan rahsianya buat kali pertama mengatakan, dia terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh Vee saat melihat Vee mencedok kuah kari.

“Masa itu, saya rasa waktu seperti terhenti dan saya asyik melihat dia. Ketika itu saya tahu, saya harus berkahwin dengan dia,” tutur Shidi.

Begitulah sejarah perkahwinan antara Shidi dan Vee. Selepas 10 tahun mereka masih dilihat sebagai pasangan yang cukup serasi, malah kemesraan yang diluahkan mereka umpama pasangan pengantin baru.


Baru-baru ini, pada acara ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 telah diadakan di Hotel PNB Darby Park. Majlis tersebut tidak ubah seperti sebuah resepsi perkahwinan yang kecil.

Tidak sekadar meluahkan cinta, memotong kek, malah mereka berdua turut menari berdua dalam penuh romantis di hadapan keluarga, sahabat dan pihak media sambil diiringi lagu syahdu Stand By Me yang merupakan kejutan buat Vee daripada Shidi.

“Bayangkan tujuh bulan sebelum bernikah, saya tidak ada sebarang persembahan. Awal perkahwinan juga begitu tetapi syukur lepas nikah saya dapat tawaran berlakon filem Seri Dewi Malam dan apabila Vee disahkan mengandung anak pertama kami dapat tawaran untuk menjayakan iklan Maggie, sejak itu rezeki kami tidak putus-putus,” cerita Shidi.

Disebabkan mereka berdua tidak mempunyai pekerjaan tetap, kawalan kewangan amat penting untuk menjamin masa depan mereka sekeluarga. Oleh itu, mereka mengamalkan konsep perkongsian wang dalam satu akaun untuk menanggung segala keperluan kehidupan.


“Saya serahkan semua tanggungjawab soal wang pada Vee kerana dia seorang yang sangat teratur. Duit yang kami peroleh kami akan kongsi, itu yang kami amalkan sejak awal perkahwinan sehingga hari ini,” tutur Shidi.
 

Selain itu sifat saling percaya antara pasangan juga penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga. Dugaan buat artis seperti mereka lebih besar berbanding orang biasa yang tidak dikenali ramai. Jelas Vee dan Shidi petua yang dipegang adalah tiada rahsia antara mereka berdua.

“Kami percaya antara satu sama lain, saya tahu Vee orangnya macam mana. Bila rakan-rakan tanya saya tidak rasa cemburu lihat isteri berlakon dengan lelaki lain?
“Sebagai lelaki memang saya cemburu tetapi bagi saya, dia seorang yang menjaga diri serta statusnya sebagai seorang ibu dan isteri. Jadi isu cemburu tidak perlu timbul kerana mula-mula saya kenal dia, dia sudah jadi pelakon dan saya tidak mahu sekat kerjayanya selepas kami berkahwin.


“Jika dia dapat skrip yang agak menyentuh sensitiviti kami sekeluarga dia akan duduk berbincang dengan saya terlebih dahulu,” beritahu anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.


Vee juga menceritakan hal yang sama. Meskipun kedua-duanya sibuk dan sering berada di set penggambaran yang berbeza itu bukanlah alasan untuknya berahsia dengan suaminya. 


“Setiap kali kalau ada lelaki minta nombor telefon dan saya tidak boleh elak untuk memberinya, saya akan beritahu Shidi. Bila lelaki itu hubungi saya, saya suruh Shidi yang jawab.


“Sebenarnya kerjaya sebagai artis lagi susah nak berlaku curang dengan pasangan sebab orang kenal kami. Kalau sekali orang nampak, berita itu akan tersebar dengan cepatnya,” terang Vee lagi.

Berubah
Tambah Vee sepanjang bergelar suri kepada Shidi, dia banyak diubah oleh Shidi untuk menjadi insan yang lebih baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Saya orangnya panas baran dan Shidi pula orang jenis yang diam, rileks dan ikut sahaja rentak saya. Bila orangnya macam itu, saya tidak pernah tinggi suara dengannya.

“Kalau kami bergaduh macam mana pun, sejak awal perkahwinan kami buat undang-undang tidak akan panggil nama masing-masing. Sebaliknya kekal dengan panggilan sayang walaupun tengah bergaduh,” ucap Vee dalam tawa.

Beritahu Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 lalu menerusi filem The Red Kebaya itu lagi ketika dia bernikah dahulu, Datuk Jalaluddin Hassan pernah berpesan mereka berdua harus tabah kerana banyak ujian Allah yang akan menguji kami.

“Memang benar dalam perkahwinan ujiannya pelbagai, kalau tidak kami, anak-anak pula. Jadi dalam sebuah perkahwinan komunikasi itu harus sentiasa ada. Kami juga selalu bergurau untuk merapatkan hubungan kami. 

“Walaupun dalam hati saya takut kerana melihat banyak rakan artis yang bercerai, saya berdoa supaya rumah tangga kami kekal sehingga ke akhir hayat,” ucap Vee penuh harapan.



Apa apa pun semoga kekal bahagia selama-lamanye hingga ke hujung nyawa :)

2 comments:

Cik Mierae said...

oh!!!bt suspen je dik oiiii... =D

Cik Ina said...

Haha.
Sama laaa mule-mule terkejut ja mase bace paper semalam. ;p

Depa memang romantik kan