Thursday, January 13, 2011

:: OH ! SENGGUGUT ::


Muka Surat 35
Aduiiii
Senggugut memang menyakitkan ;(
Kenape dengan senggugut tetibe sedangkan banyak minum air kosong ja.
Memang rase sakit la perut ney. Rase macam ditarik-tarik ja rahim ni, macam nk tercabut
Nak tido pun tk lena,guleng sana guleng sini, nak bangun pergi toilet pun terbongkok-bongkok. Kadang-kadang terganggu emosi ja
T__T
Fikir fikir kenapa la teruk sangat masa hari pertama and kedua
terus cari ENCIK GOOGLE
nak tanya kenapa senggugut teruk.
Ney pun dah jumpe
Jum baca ! ^_^

Setiap bulan wanita akan mengalami satu kitaran haid selama 28 hari seminggu. Senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Sengugut sering menyerang seorang wanita pada hari pertama dan kedua haid.
APAKAH ITU SENGGUGUT ?
Senggugut  merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Antara kesakitan yang dirasai sebelum kedatangan haid adalah bengkak di bahagian buah dada. Ianya juga berlaku semasa haid di mana kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU ?
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
Mintak-mintak la saye tk kena endomentriosis ney.
Mintak dijauhkan !
Takut i di buatnya  -.-
Perasaan ?
Perasaan wanita ketika senggugut atau kedatangan haid sukar dijangka. Mereka ini dikatakan amat sensitif, mudah terasa, mudah marah dan emosi tidak menentu. Ini dipengaruhi oleh perubahan hormon yang terdapat dalam diri seorang wanita ketika hampir kedatangan haid atau semasa haid. Kecelaruan perasaan ini juga dipengaruhi oleh rasa sakit yang amat sangat ketika menghadapi senggugut. Jadi, kepada kaum lelaki yang bergelar suami, kekasih, tunang, bapa, datuk, abang, atau adik, sila banyakkan bersabar ketika menghadapi wanita yang anda sayangi ini menghadapi senggugut.

Sekali lagi i nak tekankan kepada lelaki,  korang wajib ambil tahu pasai senggugut sebab ada perempuan yang berpotensi di sekitar korang. ^_^

Terjumpa pula petua merawat senggugut :

Petua 1 : Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

I selalu amalkan petua 6 sebab SENANG SANGAT.  HAHA 

2 comments:

adek_kedah said...

Sama laa akak cyg..
Sakit senggugut mmg x terkata............

Cik Ina said...

Thnx 4 ur link ya ;)