Muka Surat 43
Assalamualaikum
I nak copy artikel ini
untuk dijadikan panduan diri
dan tak lupa juga untuk semua orang.
Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan dengan deringan telefon bimbit. Rupa-rupanya pesanan ringkas daripada kawan yang duduk satu rumah dahulu semasa di Universiti Malaya. Lama sudah tidak berhubung sebenarnya, pelik juga tiba-tiba sahaja dapat pesanan ringkas ‘sms’ daripadanya.
“Zam, doa apa yang hang baca dulu masa laptop hang kena curi?”
Begitu lebih kurang sms yang dihantar kepada saya.
Saya agak sibuk ketika itu,jadi saya hanya menjawab pertanyaannya tanpa banyak soal. Timbul juga pertanyaan dalam hati kecil saya, musibah apa pula yang menimpanya . Kadang-kadang orang menceritakan kepada kita yang mereka sedang berhadapan dengan masalah tanpa mahu menceritakan apakah masalah yang dihadapi kerana dengan cara itu membuatkan hati dan fikiran mereka sedikit lega. Saya tidak mahu bertanya, takut pula dikatakan ‘suka menjaga tepi kain orang.’
Laptop Kena Curi
Rupanya dia masih ingat lagi cerita laptop saya dicuri satu ketika dahulu. Laptop yang baru dibeli tidak sampai sebulan, dicuri ketika saya keluar untuk bertemu seorang kawan daripada Indonesia di kafe APIUM. Sebelum keluar memang rasa nak bawa dah laptop tu. Sekejap nak bawa, sekejap rasa malas, hati saya berbelah bagi beberapa kali.
Dalam perjalanan balik, hati memang asyik teringatkan laptop. Sampai sahaja di rumah, cari laptop tak jumpa. Bertenang sekejap, cari balik. Tidak jumpa juga. Sah, kena curi dah ni.
Saya hanya menggelengkan kepala, tersenyum dalam payah, seraya melafazkan doa tersebut.
Saya dapat merasakan ketenangan dan redha dengan apa yang berlaku sebenarnya anugerah Allah yang amat berharga.
Hadiah Daripada ALLAH
Seminggu lepas kejadian itu, ada pula hamba ALLAH yang tahu saya kehilangan lap top memberikan saya RM 2500 untuk membeli lap top baru. ALLAHU AKBAR! Lap top yang dicuri itu hanya berharga RM 1900, dapat yang lebih baik. Tidak pernah terfikir untuk saya membeli lap top semahal itu. Pada saya, asal boleh guna cukuplah tetapi oleh kerana duit itu diberi kepada saya khusus untuk membeli lap top, saya membeli lap top baru yang jauh lebih baik daripada yang dicuri dahulu. Ini saya rasakan hadiah daripada ALLAH kerana saya bersabar dengan ujian-Nya. ALLAHU AKBAR, ini baru ganjaran dunia.
Bersabarlah Wahai Teman!
Selang seminggu, saya berjumpa dengan kawan saya tadi. Dia cerita sejak akhir-akhir ini banyak sangat masalah. Melibatkan kewangan terutamanya.
Hutang bank ~personal loan~, hutang kereta, cermin depan kereta pula pecah.
Dia banyak terlibat dengan MLM/Skim dan sebagainya
“Tapi benda ni mematangkan aku”(Masalah kewangan)
“Lepas ni datang la apa pun depan aku, aku tak hairan dah. Mana ada nak kaya cepat ni”
Saya hanya tersenyum, di dalam hati bersyukur ALLAH masih memberikan kesabaran di dalam hatinya.
Berapa ramai orang seperti kawan saya itu? Bila berhadapan dengan masalah yang amat berat masih boleh think positive, merujuk pula orang tertentu untuk minta nasihat dan meminta doa jika ada.
Berapa ramai yang putus asa kemudian diam-diam dalam hati menyalahkan takdir?
Itulah manusia, memuji ALLAH dan mengatakan ALLAH telah memuliakannya apabila diberi kesenangan tetapi merungut dan mempersoalkan tindakan ALLAH apabila diri dirundung malang dan kesempitan.
Moga kita termasuk dalam golongan mereka yang beryukur bila mendapat nikmat, bersabar dan bersyukur bila ditimpa musibah.
Doa Ketika Ditimpa Musibah
1) Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha"
“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~
2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha.
“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada’-Mu, berkatilah aku setiap apa yang telah Kau takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Kau takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah Kau percepatkan untukku.
INGATLAH!
Ingatlah janji ALLAH kepada mereka yang bersabar menghadapi ujian daripada-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157:
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:
“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Kita mudah naik marah tanpa memikirkan akibatnya.
Kita marah sehingga bisa mengguris hati orang lain, kehilangan kawan, dibenci oleh kawan sehingga dipinggirkan.
Lebih teruk lagi apabila kita marah dengan musibah yang menimpa diri sehingga kadang-kala mempersoalkan qadar dan qada’ ALLAH sehingga akhirnya menjadi hamba yang derhaka, NAUZUBILLAH
INGATLAH, SABAR ITU TERLALU INDAH
Selain mendapat kelebihan yang dijanjikan ALLAH, hati kita akan lebih tenang, jiwa akan tenteram.
Sesungguhnya mengingati ALLAH dalam setiap keadaan akan memberikan ketenangan jiwa.
Dipetik dan dikemaskini daripada:
Oleh: Zamri BKASS @ http://www.zamry.com/
2 comments:
cik ina! i love this.. thanks dear..:)
u're welcome ! :)
xoxo
Post a Comment