Friday, January 7, 2011

::DRAMA KOREA HE'S BEAUTIFUL MENDAPAT RATING TERTINGGI DI KOREA ::

Muka Surat 33

Tak terasa, drama Korea He’s Beautiful @ You’re Beautiful memasuki episod 17

Pelakon dalam drama He’s Beautiful ni terdiri daripada Jang Geun Suk, Park Shin Hye, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa, 
Sebuah drama remaja yang paling diminati dan mendapat rating tertinggi di Korea . He’s Beautiful disiarkan di 8TV pada Disember tahun lalu. Drama ini mengisahkan tentang tiga orang jejaka yang menyertai sebuah band K-pop yg di panggil A.N .JELL. Konfik yang bermula ketika pengurus band, Hoon Lee tersebut bertegas untuk mendapatkan ahli baru sejak vokalisnya, Tae-Kyeong sudah tidak boleh menyanyi lagi. Calon yang mereka pilih Mi Nam yang perlu menjalani pembedahan mata di Amerika Syarikat. Kejadian ini menjadi huru hara sehinhha Hoon Lee terpaksa merayu kepada Mi Nyeo yang merupakan kembar kepada Mi Nam untk menggantikan tempat kembarnya sehingga Mi Nam sembuh

Demi abang kembarnya, Mi Nyeo dengan berat hati bersetuju untuk menyamar sebagai lelaki kerana tidak mahu merosakkan peluang abangnya untuk menjadi terkenal sekaligus memudahkan mereka untuk mencari ibu kandung mereka. pasangan kembar Mi Nyeo dan Mi Nam ini dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak pernah mengetahui siapakah ibu bapa mereka yang sebenar

Kejadian menjadi lebih rumit apabila Mi Nyeo seolah-olah tidak dapat menyesuaikan diri setelah dia menjadi terkenal. Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Shin Woo adalah orang yang pertama mengetahui tentang rahsia Mi Nyeo namun tidak membocorkan rahsia itu kepada sesiapa. Shin Woo cuba membantu Mi Nyeo dan tanpa disedari beliau mula menaruh hati kepada Mi Nyeo. Ketika dia cuba membantu Mi Nyeo sedari sudah mula jatuh cinta kepada Mi Nyeo.

Drama ni dah nak hampir ke penghujungnya,
akan tamat pada 12 hb Januari ni,
Sebenarnya i tak sempat tengok dari mula-mula
tapi dah jumpa di mana nak download cerita He’s Beautiful ni
sebab tertarik bila tengok episod pertama lagi. 
Menarik jugak cerita ni. 

Sweet nye mereka berdua 
Park Shin & Geun Suk












SELAMAT MENONTON!

1 comment:

Fatin Nadia said...

salam , boleh bagi link nak download cerita nie tak ? saya minat betul dengan cerita nie , tak silap saya 23 disember 2011 hari tu saya ada tengok cerita nie dekat tv 8 , pukul 12.00 mlm tak silap saya lah , sejak dari hari tuh , saya mmg rasa mcm tak boleh nak tinggal cerita tuh , kalau boleh , tolong bagi link tuh dekat saya yea ?