Wednesday, December 22, 2010

:: TRAGEDI KEMALANGAN BAS ::

Muka Surat 18
Geramnya !
Lagi lagi kemalangan bas 
Kemalangan Bas Sani Express yang meragut nyawa
Kemalangan maut yang mengorbankan 12 orang di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara melibatkan dua buah bas, sebuah van dan tiga buah kereta.

Terkini kemalangan di Simpang Pulai - Comeron Highland 20.12.2010, 27 org disahkan maut

Baru-baru ni kita digemparkan dengan Kemalangan maut bas di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
Amat menyentuh hati bila tahu 27 orang mangsa meninggal.
Sekarang ni makin banyak kes kemalangan.
Kalau tak laju, kemalangan sentiasa dapat dielakkan.
Bertambah pilu rasanya bila dapat tahu mangsa yang terkorban bakal melangsungkan pertunangan bulan November sampai sekarang i masih ingat lagi. ;(
Ingatkan tregedi November dah berakhir, tregedi Disember pula muncul.
Bak kata pepatah  “biar lambat, asalkan selamat”

Sampai bila perkara ni akan berakhir ?
Siasat, siasat dan siasat lagi lagi siasat
sampai bila ?!

Dah bosan i dengar berita kemalangan bas ni

Tiba-tiba teringat !
Patut la hari itu bulan November, agak teruk i kena marah dengan ayah 
sebab i degil nak juga naik bas pada hal sebelum ni dah banyak kali i naik bas. 
Rupa-rupanya ayah sangat risau keselamatan anaknya 
maklum la baru-baru ni kebanyakan kemalangan bas. 
Baru i paham kenapa ayah marah. 
TERIMA KASIH AYAH 

Sekarang i dah mula takut naik bas
Tak kira la bas Ekspres ka Bas Mini ka asalkan bukan bas 
Kalau dari selatan ke utara ataupun dari utara ke selatan lagi selamat naik flight or kereta api 
INGAT baca doa naik kenderaan, insya ALLAH akan dilindungi
Jangan lupa baca doa eh supaya segala-galanya dengan selamat :)

*Al Fatihah buat mangsa yang terkorban *

p/s: Jangan bawa kereta laju-laju. Banyakkan bersabar ketika memandu.

No comments: