Muka Surat 5
Kita gembira apabila teman kita gembira namun di kala mereka sedih & bermasalah. Setelah hidup berkawan, rasanya sudah berbagai-bagai pengalaman yg dilalui sepanjang diri ini berteman. Ada yg suka, ada juga yg duka. Di waktu gembira, ketawa bukan main hingga dunia pun dah lupa. Bila datang masa sedih, siapa pun tk tahu. Mungkin kerana diri ini yang lebih suka menyimpan masalah dalam diri. Itu pun satu hal juga! Kadang kala apabila dipendam-pendam, itulah yang menjadikan kita stress, tension, moody.
Mungkin lelaki tidak sama agaknya. Tapi kalau bagi perempuan begitulah biasanya. Kaum Adam perlu tahu juga supaya senang bila sudah berumah tangga kelak tahu la bila si isteri merajuk atau marah. (^_^) Bukan mudah untuk memahami isi hati orang lain namun kita harus mengenali dan memahami hati teman kita.
Untuk memahaminya ialah dengan sentiasa mengambil berat pd kawan-kawan kita. Tahu apa yg mereka suka, apa yg mereka tidak suka, apa yg mereka selalu buat, apa yg mereka jarang buat, sehinggakan apa yg mereka sedang fikirkan, mereka terasa dengan kita atau sebaliknya, itu lebih bagus! ^_^
Untuk memahami lebih mendalam, kita seharusnya lebih kerap bersembang dengan sahabat kita. Banyakkan masa bersamanya, kenali ahli keluarganya, cuba untuk selami hatinya. Namun begitu, masih ada teman kita yg mengalami masalah "cemburu" dalam hubungan. Mengapa perlu cemburu? Semakin erat & rapat hubungan maka di situlah datangnya ujian Allah untuk menguji sejauh mana kuatnya hubungan silaturrahim yg terjalin.
Kadang kala kita tk perasan akan perubahan dalam diri kita, namun sahabat kita dapat melihatnya. Oleh itu, kita hendaklah menerima teguran dengan hati yg terbuka. Kita jugak harus tawu bahawa setiap orang dijadikan Allah mempunyai kelebihan & kekurangan. Seharusnya kita berusaha untuk menerima kelemahan sahabat kita dan meraikan kelebihannya yang ada.
Sekiranya kita melihat kekurangan dalam diri teman kita, cuba untuk memperbaikinya tetapi bukan mudah bagi seseorang untuk mengubah tabiat yang sudah dibiasakan. Cuba jugak untuk menutup kelemahan dengan mencari kelebihan yg ada pd teman. Begitu jugak dengan kita, apabila mendapat teguran maka terima dengan hati yg terbuka dan berusaha cuba untuk mencari kelebihan diri kita agar kita akan lebih bersyukur & bersemangat! (*_*) Segala kelebihan dan kekurangan pada teman kita haruslah diterima dengan seadanya. Pasti ada hikmah di sebalik tiap-tiap yg berlaku. :)
Kerana itulah pentingnya kita memahami hati teman kita. Ada masanya kita perlu mendekatinya di kala dia dalam kesedihan dan bermasalah. Mungkin dia tidak mampu atau sukar untuk berkongsi masalahnya dengan kita tapi sekurang-kurangnya kita sentiasa ada di sisinya untuk memberi semangat dan sokongan. Begitu jugak dengan kita, seeloknya kita khabarkan jika kita ada masalah agar teman kita supaya dia terasa dihargai. Bukan dengan bermasam muka sehingga membuatkan teman kita terasa hati dengan kita gara-gara masalah kita yg tidak mahu diluahkan. Akhirnya, hubungan menjadi semakin renggang dan bergembiralah para syaitan melihatnya.

No comments:
Post a Comment