Friday, December 24, 2010

:: MENGATASI MASALAH TIDUR ::

Muka Surat 21
SEMANGAT-SEMANGAT

Aiyyyaaak !
Selalu mengantuk waktu di tempat kerja
Bila mengantuk mula la jadi tak ade mood nak buat kerja
Mahu tanya kenapa setiap pagi mesti rasa mengantuk ja
Kadang-kadang mata tak boleh lelap, macam-macam dalam kotak fikiran

I sudah dapat jawapan dari Dr. Ismail Thamby yg baik hati 
*jangan kata you all tak kenal, dia sangat popular*
HAHA 
INI LA JAWAPAN :
Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh 1-2 jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas. Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.


Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.
  • Mesti bersarapan walaupun tidak rasa lapar. Makan setiap 3-4 jam dalam kuantiti kecil — mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih. Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga.
  • Lebihkan pengambilan sumber serat - Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan 5-9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.
  • Minum banyak air- Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk. Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan.
  • Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

 Oleh Dr Ismail Thamby

No comments: