Sunday, December 26, 2010

:: TAK HABIS-HABIS KEMALANGAN BUS ! ::

Muka Surat 23

Baru dapat berita hari ini, 26.10.2010 lagi bas 2 tingkat terbabas terbalik di kilometer 363 Jalan Raub-Bentong, 2 orang patah tulang rusuk
Hairan sungguh
akhir akhir ini, hari minggu mesti ada kes kemalangan bas
Kemalangan terburuk di kilometer Cameron Highlands - Simpang minggu lepas pun belum reda lagi, mangsanya ke 28 meninggal dunia.


Semalam ada lagi kes terbaru libatkan bas ekspress, bas dua tingkat Ekspress Mahligai terbabas dan terbalik di kilometer 363 Jalan Raub-Bentong awal pagi tadi

Enam cedera bas ekspres terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong


TEMERLOH - Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub. 

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah.
Huh !
Apa nak jadi dengan pengangkutan bas sekarang ni
Kalau berterusan begini, lama-lama pengguna boleh hilang kepercayaan tahap keselamatan perkhidmatan bas ekspress.  ;(

No comments: