Thursday, December 30, 2010

:: TABIK MALAYSIA ::

Muka Surat 28


Assalamualaikum, selamat tengahari, selamat bercuti dan salam 1 Malaysia
Tahniah buat skuad bolasepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 !


KUALA LUMPUR 29 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga serta gembira atas kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.
Menurut Perdana Menteri, skuad negara telah bermain dengan baik sebagai satu pasukan sehingga berjaya menjulang piala berkenaan.
“Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia. Syabas Harimau Malaya! Kamu semua telah membanggakan negara. Tahniah,” katanya menerusi pesanan ringkas dalam laman sosialnya di Twitter dan Facebook.
Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Sambung .......
Sila klik  

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Disebabkan mereka menang, 1 Malaysia dapat cuti umum pada hari Jumaat, 31.12.2010
Bangga menjadi rakyat MALAYSIA


Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


Kepada sesiapa yang bekerja selamat bekerja di hari terakhir bekerja bagi tahun 2010

No comments: