Friday, December 31, 2010

:: SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010 DAN MENJELANG TAHUN 2011 ::

Muka Surat 29
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011
Tiap tiap tahun kita mesti buat azam baru,
adakah azam tahun lepas sudah tercapai?
Ataupun hanya sekadar angan-angan kosong.
I sendiri hanya mampu mencapai beberapa azam,
walaupun tidak sepenuhnya,
sekurang-kurangnya ada juga sedikit impian i tercapai
“It’s better than nothing”.

Pejam celik, pejam celik,
tak sedar pun dah masuk bulan terakhir 2010
Tahun 2011 tak lama lagi akan berkunjung tiba.
Tahun baru, azam baru

Tentu ramai orang ada azam baru setelah bermulanya tahun 2011
Cepat sungguh masa dah berlalu kan ?
Mengimbau kembali semuanya dari bulan Januari hingga bulan Disember .

Seperti tahun-tahun yg lepas,
kebanyakan masa dihabiskan bekerja, berkursus, melancong,
semoga tahun ini keadaan  masih berjalan seperti selalu
TAPI azam tahun 2011 agak berbeza
kena rahsia dulu
bila impian dah tercapai baru nak kongsi dekat sini
AHAKS !

Semoga tahun 2011 merupakan tahun yg paling indah, 
banyak kenangan and  peristiwa pastinya akan berlaku dalam hidup i.


Kepada semua yg mengenali ,
yg muncul dalam hidup i, 
i nak berterima kasih 
sebab tanpa you all semua siapa la i.
Yg pasti tahun 2010 membawa seribu satu pengalaman yg indah





 Hari berganti..
Bulan berganti..
Tahun pun berganti..
Tahun baru harapan baru..
Tetap semangat..
Selamat tahun baru 2011






NOTA : I join blog ini bertarikh 23 November 2010. ^_^

Thursday, December 30, 2010

:: TABIK MALAYSIA ::

Muka Surat 28


Assalamualaikum, selamat tengahari, selamat bercuti dan salam 1 Malaysia
Tahniah buat skuad bolasepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 !


KUALA LUMPUR 29 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga serta gembira atas kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.
Menurut Perdana Menteri, skuad negara telah bermain dengan baik sebagai satu pasukan sehingga berjaya menjulang piala berkenaan.
“Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia. Syabas Harimau Malaya! Kamu semua telah membanggakan negara. Tahniah,” katanya menerusi pesanan ringkas dalam laman sosialnya di Twitter dan Facebook.
Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Sambung .......
Sila klik  

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Disebabkan mereka menang, 1 Malaysia dapat cuti umum pada hari Jumaat, 31.12.2010
Bangga menjadi rakyat MALAYSIA


Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


Kepada sesiapa yang bekerja selamat bekerja di hari terakhir bekerja bagi tahun 2010

Wednesday, December 29, 2010

:: BERHENTILAH MEROKOK ::

Muka Surat 27
Salam ceria.
Semoga you all sihat.
You all mesti tahu betapa bahayanya merokok
Akhbar Harian Kosmo yang pernah i baca tentang kenaikan harga rokok.
Persoalannya, ramai ke yang bercadang nak berhenti merokok disebabkan kenaikan harga ini ?


Nasihat i, berhentilah merokok, elakkan pembaziran wang ringgit.
Sebenarnya i rasa cara ni adalah cara terbaik untuk mendorong perokok untuk berhenti merokok
Siapa tak suka dimanjakan?
Kalau si perempuan  menunjukkan kesungguhan untuk mendorong lelaki berhenti merokok sudah pasti si lelaki pun tak sampai hati tengok si perempuan bersedih
kalau sayangkan pasangan, jangan merokok sebab satu hari nanti bila lelaki dah kena kanser, lelaki akan menyusahkan perempuan

Macam mane nak berhenti merokok ?
Katakan pada diri anda
“SAYA BUKAN PEROKOK”

* Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok
RM5.00 sehari
RM 150.00 sebulan
RM 1800.00 setahun
Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda

Tuesday, December 28, 2010

:: WARNA OH WARNA ::

Muka Surat 26


Hari ni nak cakap pasai warna.
Agak ramai orang tulis yang warna memainkan peranan dalam mood dan personaliti.
Sebagai contoh:
Warna putih lambang kesucian.
Warna hijau pula kesegaran.
So, kalau pakai warna hijau, boleh tenang.
Warna biru lebih kurang sama dengan warna hijau.
Lambang ketenangan.
Warna merah pulak lambang kemarahan.
Kalau anda suka warna merah, 
anda suka marah ka ? Ha.ha.
I suka warna pink, purple, hitam.
Tapi i suke semua warna.
AHAKS ! 
Palinngggg i suka warna purple dengan pink lembut.
Yang kedua warna hitam dengan koko.
Setakat ni paling banyak pakaian yang warna hitam.
Kereta kembara pun hitam.
Rambut pun pun hitam.
Nasib baik kulit tak hitam
^_^

Monday, December 27, 2010

:: TEMPAHAN KEK DARI KAK IDA ::

Muka Surat 25

KEK COKLAT
Balik rumah dari kerja, terus buat kek coklat untuk hari jadi suaminya

Dah siap dah 
Kek tempahan dari Kak Ida
Terima kasih Kak Ida atas tempahan
Nanti tempah lagi eh ;)

Sunday, December 26, 2010

:: PARTI HARIJADI RAYYAN MIKAIL ::

Muka Surat 24
Merancang parti harijadi untuk anak tersayang mungkin memakan masa and duit.
demi untuk anak tersayang
 BERBALOI
Tak salah kalau sekali sekala dalam setahun
Mesti habiskan taw ;)
Nyum-nyum !
Happy Birthday To You, Rayyan
Semua makanan memang sedap
Posing sebelum potong kek ;))
Layannnnn !
Wit Kak Zura Cayang ;) Lama tak jumpe
Kejap ja dah besar anak Puan Maisarah. 
Umur dah setaun
Bila Rayyan dapat adik lagi ?
EHEHE

:: TAK HABIS-HABIS KEMALANGAN BUS ! ::

Muka Surat 23

Baru dapat berita hari ini, 26.10.2010 lagi bas 2 tingkat terbabas terbalik di kilometer 363 Jalan Raub-Bentong, 2 orang patah tulang rusuk
Hairan sungguh
akhir akhir ini, hari minggu mesti ada kes kemalangan bas
Kemalangan terburuk di kilometer Cameron Highlands - Simpang minggu lepas pun belum reda lagi, mangsanya ke 28 meninggal dunia.


Semalam ada lagi kes terbaru libatkan bas ekspress, bas dua tingkat Ekspress Mahligai terbabas dan terbalik di kilometer 363 Jalan Raub-Bentong awal pagi tadi

Enam cedera bas ekspres terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong


TEMERLOH - Enam cedera, dua daripadanya patah tulang rusuk apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas di KM363, Jalan Raub-Bentong, awal pagi ini.


Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsuddin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, bas ekspres Mahligai berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dengan membawa 39 penumpang.

Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing bukit berdekatan.

Katanya penumpang yang mengalami patah tulang rusuk dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sementara empat lagi penumpang menerima rawatan di Hospital Raub. 

"Penumpang selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu bas mendapatinya bebas dadah.
Huh !
Apa nak jadi dengan pengangkutan bas sekarang ni
Kalau berterusan begini, lama-lama pengguna boleh hilang kepercayaan tahap keselamatan perkhidmatan bas ekspress.  ;(

Friday, December 24, 2010

:: IKAN KERAPU MERAH 3 RASA ::

Muka Surat 22
MASAK-MASAK
Ikan Kerapu Merah 3 Rasa

Resipi Cik Ina
1ekor ikan kerapu (kalau tak muat masuk dalam kuali boleh juga potong dua)
bawang putih + bawang merah – dikisar
bawang besar - dipotong dadu
serbuk cili – dibancuh dengan sedikit air
kacang panjang - dipotong pendek
kacang beans - dipotong dua
carrot - dipotong nipis
sos tomato
sos cili
serbuk kunyit bersama garam
minyak masak

I masak memang tak ada sukat-sukat
nampak cute dah kira oke
Sebenarnya 1st time i masak ikan kerapu merah
Ayah kata sedap sedap sangat
Banyak puji dari ayah
Yepiiii ! ^_^
You all mesti suka 
Mesti suka punya
Sedap ikan kerapu ni
Terima kasih Uncle sebab belikan ikan yang sangat fresh

:: MENGATASI MASALAH TIDUR ::

Muka Surat 21
SEMANGAT-SEMANGAT

Aiyyyaaak !
Selalu mengantuk waktu di tempat kerja
Bila mengantuk mula la jadi tak ade mood nak buat kerja
Mahu tanya kenapa setiap pagi mesti rasa mengantuk ja
Kadang-kadang mata tak boleh lelap, macam-macam dalam kotak fikiran

I sudah dapat jawapan dari Dr. Ismail Thamby yg baik hati 
*jangan kata you all tak kenal, dia sangat popular*
HAHA 
INI LA JAWAPAN :
Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh 1-2 jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas. Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.


Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.
  • Mesti bersarapan walaupun tidak rasa lapar. Makan setiap 3-4 jam dalam kuantiti kecil — mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih. Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga.
  • Lebihkan pengambilan sumber serat - Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan 5-9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.
  • Minum banyak air- Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk. Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan.
  • Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

 Oleh Dr Ismail Thamby

Thursday, December 23, 2010

:: BUNGA ROS ::

 Muka Surat 20
Suka tengok bunga ni ?
Kalau suka boleh la tengok lama lama
AHAKS 
 Segarnya bunga ni


Sayangnya bunga hidup tak tahan lama 

Wednesday, December 22, 2010

:: TRON LEGACY ::

Muka Surat 19

Baru lepas tengok TRON LEGACY tadi
dekat Alamanda dengan adik lelaki, Abe and Awi
Thank you sebab sudi temankan tengok wayang
Seronok juga cuma yg ending tu tak berapa best 
Lagi best kalau anak and ayah sama-sama hidup
Sam Flynn memang hensem sangat
Mesti awek-awek pun cakap
HAHA
Tambahan motor dalam cerita tu smart gila !
Dekat sini tak pernah tengok motor tu
dekat mana nak dapat eh
EHEHE

I bagi 4 BINTANG


Tengok motor ni.
Wink wink smart gila.
Nak beli ! ^_^

:: TRAGEDI KEMALANGAN BAS ::

Muka Surat 18
Geramnya !
Lagi lagi kemalangan bas 
Kemalangan Bas Sani Express yang meragut nyawa
Kemalangan maut yang mengorbankan 12 orang di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara melibatkan dua buah bas, sebuah van dan tiga buah kereta.

Terkini kemalangan di Simpang Pulai - Comeron Highland 20.12.2010, 27 org disahkan maut

Baru-baru ni kita digemparkan dengan Kemalangan maut bas di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
Amat menyentuh hati bila tahu 27 orang mangsa meninggal.
Sekarang ni makin banyak kes kemalangan.
Kalau tak laju, kemalangan sentiasa dapat dielakkan.
Bertambah pilu rasanya bila dapat tahu mangsa yang terkorban bakal melangsungkan pertunangan bulan November sampai sekarang i masih ingat lagi. ;(
Ingatkan tregedi November dah berakhir, tregedi Disember pula muncul.
Bak kata pepatah  “biar lambat, asalkan selamat”

Sampai bila perkara ni akan berakhir ?
Siasat, siasat dan siasat lagi lagi siasat
sampai bila ?!

Dah bosan i dengar berita kemalangan bas ni

Tiba-tiba teringat !
Patut la hari itu bulan November, agak teruk i kena marah dengan ayah 
sebab i degil nak juga naik bas pada hal sebelum ni dah banyak kali i naik bas. 
Rupa-rupanya ayah sangat risau keselamatan anaknya 
maklum la baru-baru ni kebanyakan kemalangan bas. 
Baru i paham kenapa ayah marah. 
TERIMA KASIH AYAH 

Sekarang i dah mula takut naik bas
Tak kira la bas Ekspres ka Bas Mini ka asalkan bukan bas 
Kalau dari selatan ke utara ataupun dari utara ke selatan lagi selamat naik flight or kereta api 
INGAT baca doa naik kenderaan, insya ALLAH akan dilindungi
Jangan lupa baca doa eh supaya segala-galanya dengan selamat :)

*Al Fatihah buat mangsa yang terkorban *

p/s: Jangan bawa kereta laju-laju. Banyakkan bersabar ketika memandu.

Tuesday, December 21, 2010

:: YUNA - GADIS SEMASA ::

Muka Surat 17
GADIS SEMASA
Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu

Kau mahukan gadis biasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan aku begitu muda untuk dirimu
Kau memang begitu

Kau mahu perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau begitu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Oh aku memang begitu
tetap seperti dahulu
terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk dirimu

Monday, December 20, 2010

:: KERETA KEMBARA ::

Muka Surat 16
Salam semua
Hari ni nak cerita tentang kereta.
Maklum la hari Isnin,
tak semua ada mood yg baik untuk memulakan kerja di hari Isnin ni.


Tentu semua ada kereta idaman masing-masing.
Tak kira la kereta mahal ke murah ke kecil ke besar ke bla bla bla ;p
Ikutkan hati rasa macam nak beli kereta Pesona, dulu nak myVi
Pesona lagi cantik kan. 
Saiz boleh tahan juga.
Dalam pun lapang and luas
Minyak pun oke kot.
Sampai sekarang masih angan-angan
TERKINI
I terpaksa pakai kereta Kembara Perodua
Dari tahun 2006 sampai sekarang still pakai lagi
Alhamdulilah setakat ni tak ada masalah
Mungkin sebab i jaga dengan baik sekali
HAHA


TAPI
Yang tak best kembara ni kuat makan minyak, CC kecil,badan berat.
Bukan badan i oke, 
badan kereta yang berat. ^_^

Nak cakap bab repair kereta 
memang BLUR dibuatnya.
Dulu setia Perodua Sungai Petani dekat Sungai Lalang, 
harganya boleh tahan 
sebab tak terlalu mahal
Setiap 6 bulan selalu pergi kedai ke situ sampai 2tahun


Sejak pindah di Putrajaya, 
servis sekali terus terbeliak mata bulat i dibuatnya. @_@