Monday, January 31, 2011

:: FEBRUARY 2011 ::

Muka Surat 48

1.2.2011 - Cuti Hari Wilayah
2.2.2011 - My Anniversary Couple - 2 years

3.2.2011 - 4.2.2011 - Tahun Baru Cina - Go to Sarawak for 3 days ! 
14.2.2011 - Birthday My Mom
15.2.2011 - Maulidur Rasul

Kesimpulannya cuti bulan Februari memang BESH ^__^

Sunday, January 30, 2011

:: MENGANTUKNYA ::

Muka Surat 47
Dari semalam hujan tk berhenti-henti
Huarrghhhhh !
Mengantuknya time hujan
Tambahan pula dengan rintik-rintik hujan yang semakin menggila
Bila hujan macam ni memang tak terbuat la kerja cik ina.
Makin lama mata semakin kuyu
Nak mandi pun sejuk sangat sangat.
Macam kambing takut air pula.
Tidak tidakkkkkkkkk ! ;p
Sekarang ni memang musim hujan dekat Putrajaya.
Sebelum ni kering ja panas terik
Hari ni pun tak berapa sihat. 
Demam ja rasanya. T__T
Esok kena kerja.
Minta-minta esok sihat.
Nasib baik la ada ubat 
 Nampaknya hari ni cuaca yang sangat sesuai untuk melelapkan mata.
ZzzzZZzzzzzzzzzzz 

Saturday, January 29, 2011

:: SENAMAN BERJALAN KAKI ::

Muka Surat 46
Pagi-pagi bangun pukul 7
Siap-siap terus ke padang sekolah, dekat sana bekas sekolah menengah.
Dah lama i tak jejak kalau tak silap dah 4tahun.
Lama sungguh
Ada juga perubahan, makin cantik.
Makluma la dah lame tak senaman, perut pun dah makin buncit.
Asyik makan tidur makan tidur.
Hee teruknya.
Maka i mula bertekad setiap hari nak berjalan kaki sampai 30minit
Cewaaah ! 
Boleh percaya ka?
AHAHA
Sebenarnya i tak boleh berjogging disebabkan lutut i pernah cedera sebanyak 3x T__T 
 
Cuaca pun mendung padan la aktiviti hari pagi ini.
Berjalan kaki sambil laju-laju sampai round ke-8
1 round - 2km
 8 round - 16km
Bagus kan ! Ehehe





Lepas ini nak datang lagi.
Dekat situ memang selesa sangat
Tak banyak bising bunyi kereta,bunyi burung,bunyi ayam.
^__^

Friday, January 28, 2011

:: MAKAN MAKAN ::

Muka Surat 45
Rezeki jangan ditolak.
Makan banyak juga sejak 3 4 hari ini
Haiiyoooo !~
Bertambah la buncit perut.
Lemak perut i memang degil susah nak bakar.
Nampaknya sekarang i kena buat senaman perut ni
Dah lama tak buat senaman perut.

Pagi-pagi baca YASSIN dekat ofis untuk tahun baru.
Lepas baca YASSIN terus makan makan
Banyak menu makanan hari ini
Semua nampak sedap-sedap. 
Nyum nyum
Tak sampai 10 minit terus laku nasi tomato and karipap
Brruupp~
Alhamdulillah, sedapnya nasi tomato,nasi lemak,karipap.
Yang lain tak sempat nak rasa sebab dah kenyang sangat.

Thursday, January 27, 2011

:: ATASI CEMBURU ::

Muka Surat 44
Assalamualaikum
Setiap orang pasti dapat merasakan gemuruh dalam dadanya saat cemburu menular and memasuki seluruh urat nadinya. Banyak perkara tak elok yang akan berlaku jika cemburu terus menguasai diri. Namun ada cara yang boleh dilakukan. 
Dekat bawah ni ada beberapa petua untuk membantu mengatasi masalah cemburu ni.

1. Tarik nafas dalam dalam  dan hembuskan sekuat yang boleh agar dapat mengeluarkan api cemburu buta itu.

2. Minum air suam sekurang-kurangnya 2 gelas, kalau banyak lagi elok !

3. Pasang lagu kuat-kuat, kalau suara sedap bernyanyi la sepuas-puasnye. ^_^

4. Pergi la ke mana-mane tempat yang digemari. Shopping Mall ka Pantai ka Panggung wayang ka yang penting dapat lupakan cemburu dan enjoy la puas-puas tapi bukan hari-hari

5. Kalau boleh berfikir, ubah la fikiran negatif dan tukar la supaya menjadi positif. InsyaAllah hidup akan tenang  dan bahagia. 

6. Menangis la sepuas-puas andainya mahu menangis  (untuk wanita ja)

7. Pergi la beriadah bersama keluarga tersayang ajak buat senaman agar dapat membantu membina hidup yang sihat.

8. Ingat la Allah Tuhan Yang Esa, amalkan solat, mengaji, berdoa, berzikir akan menenangkan hati dan fikiran. Itu la kekuatan Muslim sejati 

Dah cukup kot, lagipun  bukan kita rajin lakukan semua kan. 
Pokoknya kita harus tahu and sedar akan keburukan cemburu ni. 
Itu yang penting
Sekian :)

Wednesday, January 26, 2011

:: MARAH ITU MUDAH, SABAR ITU INDAH ::

Muka Surat 43
Assalamualaikum
I nak copy artikel ini 
untuk dijadikan panduan diri 
dan tak lupa juga untuk semua orang.

Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan dengan deringan telefon bimbit. Rupa-rupanya pesanan ringkas daripada kawan yang duduk satu rumah dahulu semasa di Universiti Malaya. Lama sudah tidak berhubung sebenarnya, pelik juga tiba-tiba sahaja dapat pesanan ringkas ‘sms’ daripadanya.
“Zam, doa apa yang hang baca dulu masa laptop hang kena curi?”
Begitu lebih kurang sms yang dihantar kepada saya.
Saya agak sibuk ketika itu,jadi saya hanya menjawab pertanyaannya tanpa banyak soal. Timbul juga pertanyaan dalam hati kecil saya, musibah apa pula yang menimpanya . Kadang-kadang orang menceritakan kepada kita yang mereka sedang berhadapan dengan masalah tanpa mahu menceritakan apakah masalah yang dihadapi kerana dengan cara itu membuatkan hati dan fikiran mereka sedikit lega. Saya tidak mahu bertanya, takut pula dikatakan ‘suka menjaga tepi kain orang.’

Laptop Kena Curi
Rupanya dia masih ingat lagi cerita laptop saya dicuri satu ketika dahulu. Laptop yang baru dibeli tidak sampai sebulan, dicuri ketika saya keluar untuk bertemu seorang kawan daripada Indonesia di kafe APIUM. Sebelum keluar memang rasa nak bawa dah laptop tu. Sekejap nak bawa, sekejap rasa malas, hati saya berbelah bagi beberapa kali.
Dalam perjalanan balik, hati memang asyik teringatkan laptop. Sampai sahaja di rumah, cari laptop tak jumpa. Bertenang sekejap, cari balik.  Tidak jumpa juga. Sah, kena curi dah ni.
Saya hanya menggelengkan kepala, tersenyum dalam payah, seraya melafazkan doa tersebut.
Saya dapat merasakan ketenangan dan redha dengan apa yang berlaku sebenarnya anugerah Allah yang amat berharga.

Hadiah Daripada ALLAH
Seminggu lepas kejadian itu, ada pula hamba ALLAH yang tahu saya kehilangan lap top memberikan saya RM 2500 untuk membeli lap top baru. ALLAHU AKBAR! Lap top yang dicuri itu hanya berharga RM 1900, dapat yang lebih baik. Tidak pernah terfikir untuk saya membeli lap top semahal itu. Pada saya, asal boleh guna cukuplah tetapi oleh kerana duit itu diberi kepada saya khusus untuk membeli lap top, saya membeli lap top baru yang jauh lebih baik daripada yang dicuri dahulu. Ini saya rasakan hadiah daripada ALLAH kerana saya bersabar dengan ujian-Nya. ALLAHU AKBAR, ini baru ganjaran dunia.


Bersabarlah Wahai Teman!
Selang seminggu, saya berjumpa dengan kawan saya tadi. Dia cerita sejak akhir-akhir ini banyak sangat masalah. Melibatkan kewangan terutamanya.
Hutang bank ~personal loan~, hutang kereta, cermin depan kereta pula pecah.
Dia banyak terlibat dengan MLM/Skim dan sebagainya
“Tapi benda ni mematangkan aku”(Masalah kewangan)
“Lepas ni datang la apa pun depan aku, aku tak hairan dah. Mana ada nak kaya cepat ni”
Saya hanya tersenyum, di dalam hati bersyukur ALLAH masih memberikan kesabaran di dalam hatinya.
Berapa ramai orang seperti kawan saya itu? Bila berhadapan dengan masalah yang amat berat masih boleh think positive, merujuk pula orang tertentu untuk minta nasihat dan meminta doa jika ada.
Berapa ramai yang putus asa kemudian diam-diam dalam hati menyalahkan takdir?
Itulah manusia, memuji ALLAH dan mengatakan ALLAH telah memuliakannya apabila diberi kesenangan tetapi merungut dan mempersoalkan tindakan ALLAH apabila diri dirundung malang dan kesempitan.
Moga kita termasuk dalam golongan mereka yang beryukur bila mendapat nikmat, bersabar dan bersyukur bila ditimpa musibah.

Doa Ketika Ditimpa Musibah
1) Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha"
“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~
2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha.
“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada’-Mu, berkatilah aku setiap apa yang telah Kau takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Kau takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah Kau percepatkan untukku.

INGATLAH!
Ingatlah janji ALLAH kepada mereka yang bersabar menghadapi ujian daripada-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157:
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:
“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

INGATLAH, MARAH ITU MUDAH
Kita mudah naik marah tanpa memikirkan akibatnya. 
Kita marah sehingga bisa mengguris hati orang lain, kehilangan kawan, dibenci oleh kawan sehingga dipinggirkan. 
Lebih teruk lagi apabila kita marah dengan musibah yang menimpa diri sehingga kadang-kala mempersoalkan qadar dan qada’ ALLAH sehingga akhirnya menjadi hamba yang derhaka, NAUZUBILLAH



INGATLAH, SABAR ITU TERLALU INDAH
Selain mendapat kelebihan yang dijanjikan ALLAH, hati kita akan lebih tenang, jiwa akan tenteram.
Sesungguhnya mengingati ALLAH dalam setiap keadaan akan memberikan ketenangan jiwa.
Dipetik dan dikemaskini daripada:
Oleh: Zamri BKASS @ http://www.zamry.com/

Tuesday, January 25, 2011

:: PERUT KEMPIS ::

Muka Surat 42
Asslammualaikum
SEMUA wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit. 
Ada 6 panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis. 
Caranya adalah:
1. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan.

2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

3. Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi.

4. Amalkan cara duduk tegak, kalau duduk dalam keadaan membongkok, bahagian bawah perut akan kelihatan lebih besar.
5. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah,

6. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Buat sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

Sunday, January 23, 2011

:: SKYTREX ADVENTURE,SHAH ALAM ::

Muka Surat 41
Skytrex Adventure: Big Thrill Challenge



Hari ni hari ahad, i sekeluarga pergi ke Skytrex Adventure di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.
Sebenarnye sebelum seminggu ayah i sudah booking melalui online tempat tuh.
Tempat tuh kena booking awai kot sebab takut nanti full.


7.30 pagi - Sebelum bertolak,kami kena breakfast dulu. Makan nasi lemak dimasak oleh mak i.
7.45 pagi - Bertolak dari Putrajaya
8.30 pagi - Sampai ke Taman Pertanian Skytrex
9.00 pagi – Bermula dengan melakukan aktiviti Big Thrill.
11.00 pagi – Berjaya menghabiskan Skytrex Adventure,Big Thrill.  YEHAAA !

Layanssssss ;)
Sementara menunggu bas yg nk bawa kami masuk ke dalam bukit cerakah – Big Thrill 
 

Huru hara kejap,kena daftar nama dulu


Benda pertama yang dia bagi masa sampai sana ialah safety harness. 
Setiap peserta yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan harnest, dua buah caribiner yang diikat pada tali lanyard, pully dan sarung tangan.




Kami da ready ;)
Ini la aktiviti nya.-
panjat tangga berketinggian lebih kurang 12m,
flying fox,
panjat tangga berketinggian 6 meter,
bergayut,
guna tali,
batang-batang paip,
jambatan tali
Semuanya ada 22 check point kot ^_^
Paling banyak-banyak flying fox

 Sebelum naik,bace doa dulu taw ^_^
Last-last saye da ready untuk buat paip bergoyang tuh
Terus saye pun "Bismillahirrahmanirrahim"...
Susahnye bile nak capaikan kaki ke next paip, paip tu asyik bergerak-gerak ja T_T
flying fox ade  7 or 8 kot
Ini la paling suka flying fox, macam terbang ^_^
Dalam banyak-banyak challenge paling penat naik turun tangga T_T

























 



Memang Seronok kerana Berjaya Menghabiskan Skytrex Adventure: Big Thrill Challenge ! YEEPPII !!!
Apa apa pun tempat ni memang best.
Maklum la pengalaman ni buat pertama kali naik Big Thrill yang tak mungkin i lupakan.

Kesimpulannya memang best naik big thril.
MUST TRY!!

Selain menyediakan aktiviti skytrex, terdapat juga aktiviti dan kemudahan lain yang disediakan seperti berbasikal, kayak, paintball, chalet dan juga tapak khemah.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web :
http://www.tamanpertanianmalaysia.gov.my/web/guest/skytrex

Saturday, January 22, 2011

:: CARI MAKAN STEAMBOAT DI SEPANG ::

Muka Surat 40
Assalamualaikum
Hari ini adikku DEKNI belanja kami sekeluarga
makan steamboat di Golden Palm Tree, Sepang GoldCoast.
Best sangat !
Semua happy sambil bergurau senda.
Tambahan semua tak pernah makan ke sana kecuali DEKNI
Itu yang DEKNI nak bawa kami makan ke sana.

Bertolak dari Putrajaya lebih kurang pukul 10pagi.
Perjalanannya 60km.
Jauh kan.
Jalan ke sana agak banyak selekoh
Nasib baik tak mabuk sangat dalam kereta.
Kiri kanan  kiri kanan ada ja nampak kelapa sawit. HAHA

Akhirnya sampai ke sana dalam pukul 11.30 pagi
Dah nak tengahari,tambahan cuaca terik panas sekali

 Mari layan gambar dulu. ;)
Ambil gambar dari jauh, cantik kan tempat ni.
We all makan seafood, harganya RM40  setiap seorang.
Dekni pilih set untuk 5 orang 
katanya cukup untuk 7 orang 
campur dengan yee mee,mihun serta jus minuman.


Bila makanan dah sampai
terus masukkan dalam periuk bertomyam  yg disediakan
Then masing-masing makan 
sampai semua kenyang sangat sangat. 
BERBALOI sebab SEDAP !
Semuanya harga RM 217
Dapat diskaun 15% sebab chef dia kenal dekni
^_^
Terima kasih dekni sebab belanja semua sekali
Lain kali belanja lagi eh

JUMPE LAGI

Thursday, January 20, 2011

:: MEJA PING PONG BARU ::

Muka Surat 39
Dulu dulu ada la jugak main ping pong
Lama juga tak main
Kalau main selalu nye kat Kelab Komuniti, Cyberjaya
Sekarang mulakan semula.
Sebab AYAH baru beli meja ping pong semalam iaitu 19.1.2011

Rupa-rupanya main ping pong kat rumah sekejap ja dah berpeluh-peluh
Bagus gituuu.
Ni meja ping pong baru
Nasib baik mejanya muat di dalam ruangan rumah ^_^




Tujuan beli ni untuk aktiviti riadah keluarga yg boleh dilakukan sebaik saja balik dari kerja atau isi masa lapang,
tak perlu keluar dari kawasan rumah.
Tak sangke Ayah sanggup belikan semate-mate untuk anak-anaknya
Agar dapat luangkan bersama untuk anak-anaknya
Na SAYANG Ayah !
Mwuuaaahx !

Kalau korang nak main ping pong mai la datang kat rumah i, lepas tuh minum-minum, nama pun ziarah kesihatan,
Jemput la datang ye. Hek.hek ;)