Tuesday, October 25, 2011

::10 MAKANAN PEMBAKAR LEMAK::

Muka Surat 152
Assalamualaikum
Di sini i nak kongsi dengan you all

Antara 10 jenis makanan yang dapat membantu proses pembakaran lemak di badan


Brokoli
Kacang Almond
Asparagus
Bayam
Dada Ayam
Ikan
Bijirin Oat
Ubi keladi
Limau gedang
Epal
Minyak  zaitun

Jom kita amalkan
mesti berkesan kalau kita selalu amalkan, insya allah ^_^
Sharing is caring 

Monday, October 17, 2011

:: LEPAK SAMBIL MAKAN DI CYBERJAYA ::

Muka Surat 151
Assalamualaikum

Kali pertama i makan di Restoran Ariana
ala ala makanan Iran dekat Cyberjaya
Kalau nak bandingkan Ariana or Saba
Saba lagi sedap ah
sebab bau nasi dia wangi and lembut

Ini menu Ariana
Sayangnya i terlupa nak ambil gambar makanan Iran
bila we all dah habis makan 
baru teringat nak ambil gambar makanan  (punya kusyuk borak-borak)
Nasib baik sempat ambil gambar manusia-manusia yang comel and hensem
kahkahkah !
my sister - kakmai 
sangat pemurah hati ;)
**********************************************************

my brother in law - abg zamir
demam sebab tak dapat main tennis HAHA!
**********************************************************

my nephew - sufi
lena sangat sufi tidur sampai we all dah habis makan, 
**********************************************************

with my younger brother - abe and awi
semua dah berpunya ^_^
**********************************************************


p/s: Lepas makan, terus pergi makan tutti frutti, puas rasanya, thankyou kak mai !! 
i lap u (bukan bodek tapi ikhlas) ^_^

Friday, October 14, 2011

:: LEPAK DI SWEETCHAT CAFE ::

Muka Surat 150
Sesungguhnya semua dessert dekat sini
sangat menarik and sedap
Ada juga dessert or minuman yang lain pun menarik.
Rugi kalau tak cuba.
Cuma mahal cikit.
Paling i suka durian pancake, nak tengok klik dekat sini
Bau durian tak berapa kuat, cuma rasa sebenar durian gred tinggi 
tapi tak berbaloi dengan harganya.
Mahal sangat 
Kalau tak nak makan durian, menu lain pun ada
^_^

Durian Cendol RM 7.50 (encik abang)
Mango Delights RM 6.90 (cik ina)

Licin kan ^_^

He smile so happy 
Like him so much :)


Location :
Sweet Chat Cafe
1st Floor, The Mines Shopping Centre Seri Kembangan

Thursday, October 13, 2011

:: KEKNA OH KEKNA ::

Muka Surat 149
Assalamualaikum.
Tiba tiba teringatkan kekna yg sama jabatan
tapi unit tak sama
Masa dia bujang dulu memang best sangat lepak and bergurau dengan kekna
tak lupa juga dengan kakdiana, nadiah and kak melissa

I pergi melawat rumah kekna kat Serdang
dengan kak diana, nadiah and kawan nadiah.
Alhamdulillaa kekna dah bersalin,15 Julai 2011
Dapat baby girl (anak pertama)
Comel kan tambahan rambut lebat
Maklum la baby semua memang comel
Ahaks !

(masa ni usia baby baru 15hari)

Namanya Nur Damia Adeena 
Unik juga nama
Pandai kekna pilih ;)
Sekarang usia Damia da  masuk 3bulan kan ?
Nanti nak tengok baby kekna lagi
Hihihi ;)

Apa apa pun TAHNIAH ye
Semoga menjadi ibu yang solehah ^_^
 

Wednesday, October 12, 2011

:: WATAK DENGAN SOLEKAN TEBAL TANPA MENAYANGKAN MUKA ::

Muka Surat 148
Assalamualaikum
Hari ini i nak taip tentang watak dengan hanya solekan yang tebal tanpa menayangkan muka.
^_^




Ini la watak watak yang popular 

Mendiang Heath Ledger dengan watak The Joker dalam The Dark Knight.
Kacak juga hero ni tapi sayangnya beliau sudah tiada lagi.


Siapa yang tak kenal Jim Carrey, si pembuat mimik muka yang popular.
Paling popular dengan The Mask, The Grinch dan Olaf


Ini Tim Curry yang melakonkan watak badut, Pennywise The Clown
yang makan budak kecik. Dasyat kan ! Haha
Beliau juga pernah berlakon dalam Home Alone 2, 
ada tengok tak ?


Mesti you all kenal Hugo Weaving 
yang melakonkan watak dalam V for Vendetta yang rambut cantik, 
kehkehkeh !
Tak lupa juga pernah berlakon dalam The Matrix dan Lord of the Rings


Fuyooo !
Muka agak ganas.
Kalau baby tengok mesti menangis. Hihi
Namanya Ron Perlman yang melakonkan watak Hellboy. 
Macho kan ! ^_^


Mesti you all pernah tengok Avatar dalam panggung wayang,
Ini adalah Zoe Saldana, Neytiri dalam filem Avatar yang sangat sangat meletup.
Best cerita ni ! 

Bagi i, ini watak yang paling seksi. 
Rebbeca Romijn yang melakonkan watak Mystique dalam X-Men

**************************************************************

Itu pun i pernah tengok mereka mereka dalam filem.
Sekian :)

Wednesday, October 5, 2011

::LAMA TAK UPDATE BLOG::

Muka Surat 147
Assalamualaikum

Good morning !
Dah hampir sebulan tak update blog and juga lama tak menjengah ke blog you all
terasa lamanya macam dah 5 bulan tak update.
Terima kasih kepada you all yang sudi singgah sini walaupun dah lama tak update :)
banyak perkara yang terpaksa diselesaikan, 
hari ini baru berkesempatan nak update blog
ikutkan hati memang banyak nak cerita kongsi dekat sini
insya allah ada masa nanti i akan update banyak banyak
peace !

Jumpa lagi eh :)  

Monday, September 12, 2011

:: JALAN JALAN KE ZOO SETAPAK ::

Muka Surat 146
Assalamualaikum.
Diharapkan you all sihat sihat and bergembira

Hari ahad lepas 4 September 2011 adalah buat kali pertama
i pergi ke Zoo Setapak
itu pun encik Abang bawa i ke situ.
Tak sangka ah encik Abang dah pandai bawa i jalan jalan dekat area KL
walaupun tak sampai 6 bulan dia tinggal area KL. TERER juga

Tahun lepas pernah pergi Zoo Melaka tapi tak berapa best sangat
pasal banyak binatang tidur. HAHA

Bayaran masuk RM 20, kalau nak tengok rama-rama sekali RM25 (dah naik harga kot) 
Dibuka setiap hari 9.00 pagi- 5.00 petang  (nasib baik sempat  walaupun 3jam sebab dah nak tutup tapi tak puas rasanya)
Harga semua makan minum berganda dari yang luar (tengok sekali ingat harga biasa, masa nak bayar punya terkejut, lain kali bawa bekal sendiri) Heee~


Gambar gambar Zoo Setapak :)
Photo  RM 25 (Combo A)


yang ni buat i tergelak 5saat. best tengok gigi dia. HIHI

kerbau pun ada, layan ~

kat sini paling banyak bangau, jalan kanan kiri mesti ada bangau =P

Kura kura yang comel =P

Alaa you all boleh ja sentuh ular HAHA

sunyi ja buaya ni, kecian oh

besar gila buaya ni, seram kalau ada yang terjatuh

tahun i adalah tahun harimau, so harus lah posing dengan harimau ^__^

Posing sekali lagi dengan harimau hidup hidup ;)

Dia pun nak juga. Padahal tahun dia tikus. HAHA

Badan siapa lebih besar ? Mesti la gajah kan. AHAHA 

Dah nak balik dah

NOTA : Nampaknya sekarang zoo negara semakin mahal tapi bila fikir fikir mungkin juga diorang kena bagi semua binatang tu makan, nak bagi maintain semua kemudahan, kira munasabah la juga kan, apa salahnya kalau pergi sekali sekala, tak gitu ? :)

Friday, September 9, 2011

:: NAK BELI BLACKBERRY JUGA ::

Muka Surat 145
Apa yang special pasal Blackberry eh ?
I pun tak tahu apa yang special sangat
sebab tak pernah pakai lagi, angan angan ja. ^__^

Di waktu ketika and saat ini ramai sangat dah pakai Blackberry
Mama, kakak and dekni pun dah pakai Blackberry
itu yang i teringin nak beli
memang dah jadi trend sekarang orang pakai Blackberry.
I nak try juga, nak rasa juga apa yang best sangat guna Blackberry ni

Rasanya bukan waktu yang terdekat, 
tapi bila difikirkan balik banyak lagi benda penting yang perlu dibeli
tambahan sekarang ni perbelanjaan i dah melebih pendapatan, 
alahaiii sedihnyaa sob sob ~ 
(sabar..sabar..)

I nak kongsi dekat sini apa KELEBIHAN guna blackberry 
and pak google dah bagi jawapan ^__^

* mudah and jimat kerana tak perlu nak membazirkan kredit untuk membalas mesej yang kawan-kawan hantar *
* kegunaan BBM sama seperti YM, boleh mengumpul kawan-kawan & chat beramai-ramai dalam conference *
* boleh share gambar,video & lagu *
* BB mudah dibawa ke mana-mana * (yang ni memang best sebab tak perlu bawa laptop)

Tengok macam tak ada lah best sangat, lebih kurang macam handset lain 
tapi disebabkan ramai yang guna BB ni, i pun tak nak ketinggalan juga =P

I dah pilih BB
Blackberry Torch-White :)

NOTA : Dengar kata PM kita, YAB Datuk Seri Najib pun pakai Blackberry, betul ke ? HEHE

Tuesday, September 6, 2011

:: SELAMAT HARI JADI BUAT INSAN TERSAYANG ::

Muka Surat 144
 
Selamat Hari Jadi, 6 September 2011
buat dirimu yang kukasihi
hanya dirimu yang kucintai
Takdir telah menemukan kita untuk sehidup semati

Hari jadi yang ke 27
Kuharap dirimu kan selalu tersenyum
ketawa, gembira dan bahagia
hanya itu saja yg kupinta dan harapkan
hanya itulah doaku buatmu
agar ketenangan sentiasa dalam hidupmu

Semoga Allah permudahkan rezeki dan dipanjangkan umur
semoga abang terus sukses dalam hidup abg
dan semoga kasih sayang kita berkekalan sampai ke jinjang pelamin 

Sayang abang selamanya

Monday, September 5, 2011

:: SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT KEMBALI BEKERJA ::

Muka Surat 143
Assalamualaikum. 
Salam Aidilfitri 2011,
Ampun dipinta, maaf diberi :)
Selamat hari raya and selamat kembali bekerja 
Hari ini dah mula bekerja setelah seminggu bercuti
sampai sekarang perasaan hati i rasa nak sambung cuti sebulan (amboi, melampau eh)
Best ah cuti raya, rasa tak puas tau ^__^.


Dah seminggu tak update blog dekat sini
Sebenarnya hari ini tak ada apa apa nak disampaikan, 
cuma nak bagitahu yang i dah kembali dekat sini. HIHI 


 Gambar gambar raya akan diupload :) 
Nanti you all tengok la eh

Jumpa lagi di entri yang seterusnya. ^__^

NOTA : Berat betul mata nak bangun pagi tadi 

Thursday, August 25, 2011

:: DAH DEKAT NAK RAYA ::

Muka Surat 142
Assalamualaikum
Sedar tak sedar dah 25 hari berpuasa ,
nampaknya lagi 4 hari menjelang bulan Syawal,
masing masing sibuk membuat persiapan raya 
mesti you all sibuk nak beli baju raya, biskut raya, sediakan duit raya, balik raya and bla blaa
yang pasti semua pasal raya. AHAHA

Sekarang ni pusat shopping dah semakin sesak dengan ramai orang yang mula membuat persediaan untuk menyambut raya
Bagus la kalau macam tu. 
Cuma i belum buat persediaan, lagipun persiapan raya i adalah mendengar lagu lagu raya  EHEHE

You all, sewaktu berbelanja, berbelanja la dengan berhemah eh, 
Jangan membazir tau, banyak kita nak pakai duit untuk belanja yang lain
Apa kata you all jalan jalan cuci mata lagi jimat. Tak gitu ? HIHI

You all pakai baju warna apa untuk raya tahun ini ?
I punya tempah belum siap lagi.
Dah dekat 2 bulan, lambat pula.

NOTA : Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua umat Islam. 
Kepada yang drive tu berhati hati eh, ingat la orang yang tersayang ^__^

Wednesday, August 24, 2011

:: BUKTINYA AIR CINCAU FITRAH PALING SEDAP ::

Muka Surat 141
Assalamualaikum
Sekarang i cukup jatuh cinta dengan air cincau
Pertama kali masa beratur nak bayar,
yang depan ada dua orang beli sebotol cincau
terus i cepat cepat pergi ambil sebotol cincau,
nak rasa dulu sama ada sedap ke tak.
eeeeeee sedapnyaaa,

Kalau i tak beli, abe la selalu beli air botol cincau
(terharu kejap) ^_^
sebenarnya abe adik kesayangan i. ehehe
I sangat bertuah dapat adik lelaki yang selalu beli makan minum membuatkan i sayang dekat abe.
 Terima kasih abe ^_^

Sebenarnya hari hari i minum sejak bermulanya bulan Ramadhan
waktu berbuka mesti minum air cincau dulu
Sampai abe kata i dah "ketagih"
AHAHA nak buat macam mana, tak jemu langsung. ^_^

Jenama cincau fitrah
1hari - 1 botol (kan i dah cakap hari hari minum) ^__^
Berat bersih : 500ml
Produk : Fitrah
Prince : 1.90 (Petronas)
Tiada bahan pengawet and dijamin HALAL (paling i suka)



Cincau Original


Yang ni i selalu guna 5 sudu makan cincau hitam dicampur dengan air cincau fitrah
sebenarnya tekak i memang tak boleh terima kalau campur air yang lain macam air sirap cincau, air bandung cincau and air soya cincau
Bagi i, paling sedap air cincau semula jadi baru menikmati ^_^ 
Sedap kalau minum sejuk tapi bukan ais oke
********************************************************************
Nota : Anyway, my parents kena penangan dari i, ahaks ~. Lagipun air cincau ni bagus minum untuk kesihatan.  :) wink wink

Tuesday, August 23, 2011

:: AKHIRNYA DAPAT MAKAN MACAROON ::

Muka Surat 140
Lokasi : Kedai whisk, Empire Subang
Yeepppiiiiiiiii~
Ini la i nak makan selama ni

Finally, on 20 Ogos dapat juga merasa macaroon
Dah lama mengidam,  ^_^
tapi perisa coklat and mint tak dapat rasa lagi.

Haaa i tak kisah, janji dapat  makan macaroon sendiri,
antara semua perisa i makan, yang paling sedap perisa coffee
puas dapat makan 5 biji walaupun tak dapat rasa coklat and mint

Thank you kakmai ~  (klik sini)

Orang cakap kat Malaysia susah nak dapat macaroon (memang pun)
Pendek kata macaroon ni adalah pemanis mulut :)

Monday, August 22, 2011

:: MENU BERBUKA [4] ::

Muka Surat 139
Assalamualaikum
Selamat berpuasa untuk hari ke 22
Nak tayangkan menu berbuka yang ke 20 and 21
Boleh tengok tapi jangan asyik tengok nanti terliuh pula.
Ehehe ^_^

Menu berbuka 20 Ramadhan 2011

Kek Batik (by Cik Ina) ^_^ 
Nasi ayam (by Cik Ina) ^_^
Sup tulang (by Mama)
Kuih buah melaka (by Awi)
Agar agar merah (by Cik Ina) ^_^
Puding (by Kak Ipar@Kak Linda)
Cekodok pisang (by Cik Ina) ^_^
Alhamdulillah kenyang sangat sangat dengan menu berbuka puasa yang ke 20 ^__^


**********************************************************


Menu berbuka 21 Ramadhan 2011
Paling laku i masak daging kicap berlada hitam and ayam masak merah. Hihi

Cekodok pisang
Ayam masak merah
Pajeri nenas
Daging kicap berlada hitam
Tomyam cendawan
Ulam (beli) ^_^


*Kalau nak buat kek batik, ambil la resipi ni -->kek batik

Selamat berbuka puasa ^__^