Wednesday, June 29, 2011

:: SAMBAL TELUR WANGI ::

Muka Surat 111
Assalamualaikum.
Semalam i masak sambal telur wangi.
Nampak macam senang kan
Memang senang sangat
Kepada orang yang baru belajar,meh la masak sambal telur wangi
Hehe.
Resipi Cik Ina ^_^
cili kering dikisar bersama serai (lagi sedap lagi wangi)
air asam jawa
garam
gula
bawang putih 
minyak masak
telur
1) Masukkan minyak sikit,tumis bawang putih sampai naik bau
2) Masukkan cili kisar tadi,ikut banyak mana yang nak pedas, i guna 1 senduk untuk 3 biji telur .
3) Kemudian tunggu sampai pecah minyak
4) Kemudian letak air asam jawa + garam + gula.
5) Rasa dulu,mana tahu kalau tawar.
Kalau pedas sangat letak gula. Kalau manis letak garam
Kalau terlajak air asam jawa letak garam + gula
Kite ada lidah so rasa la. ^_^
6) Kalau rasa dah sedap, letak air sedikit, kacau 10 saat, terus pecahkan telur dalam sambal tadi.
7) Jangan kacau dulu ! Biarkan sampai telur separuh masak, baru kacau sikit.
8) Hidangkan ! Dah siap. ;)

14 comments:

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

suhaila-ab said...

makan ngan roti pun sedap gitu..

Cik Ina said...

tak pernah pula terpikiq makan dengan roti.
sedap jugaaa.
;)

GADIS said...

Izinkan saya curi ini resipi :)

GADIS said...

Izinkan saya curi ini resipi :)

Cik Ina said...

Kena bayar !
HAHA ~
Boleh tapi kena masak jangan tak masak ;)

eclipsesweet said...

sambal telur wangi?? xpernah makan laa pulak.. best ke?? ^_^

Cik Ina said...

Itu resipi Cik Ina ;)
Try la masak.
Lagi pun senang sangat.
Mesti sedap sebab bau wangi ^_^

Daya The Sixth ! said...

Wow , nampak sedapppp ... urmmmm :D

Cik Ina said...

Kalau nampak sedap, masak taw
^_^

prince aeril said...

nmpk sedap la..mesti sdap ni..:P

Cik Ina said...

Haha.
kalau rasa sedap, try masak
rugi kalau tak masak ^_^

abg said...

eleh cedap ka,abg masak ag sedap tau hehehe,kalu rasa tentu muncung btambah panjang

Cik Ina said...

Hak3.
Try la masak.
Kalau sedap sangat, nak suruh abg masak hari-hari utk syg, boleh tak ? ;)