Muka Surat 110
Asslamualaikum
Hari ini i geram sangat bila orang buat macam tuh dengan adik angkat i.
Kalau bercakap bab bohong, tentu kaum lelaki yang akan dituduh.
Dalam dunia ni, mana ada manusia yang sentiasa jujur dalam kehidupan sehariannya terutamanya berkaitan tentang cinta. Namun, ikatan yang terbina melalui pembohongan selalunya tak kekal.
Kebanyakan alasan yang sering didengar apabila tembelang pecah ialah “I taknak lukakan hati you, sebab tu i TERPAKSA bohong.” Semuanya hanya alasan untuk melindungi tembelang yang sudah pecah ! Hati seseorang yang tertipu akan menjadi lebih sakit berbanding dengan hati seseorang yang berpisah dengan kekasihnya.
Lelaki memerlukan masa yang secukupnya untuk menikmati hidup sebagai orang bujang. Kebanyakan lelaki yang berbohong adalah kerana mereka hanya sekadar ingin berseronok. Malah, lelaki juga hanya ingin melihat sejauh mana kebaikan si perempuan dalam mempercayai kata-kata mereka. Sekiranya perempuan percaya, maka semakin cerah peluang untuk lelaki berbohong lagi. Ada ketikanya, lelaki berbohong secara tak sengaja mungkin boleh dimaafkan lagi. Namun, ada ketikanya sesetengah lelaki berbohong kerana mereka suka berbohong.
Memang benar cakap orang-orang tua dulu, sekali buat salah, terasa seronok pula. Berbohong kali pertama mungkin kerana terpaksa atau mungkin kerana ingin menjaga hati si dia, namun berbohong kali kedua dan ketiga, namanya bukan terpaksa lagi tapi kerana seronok! Oleh itu kena lebih berhati-hati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment