Thursday, March 10, 2011

:: TIP KECANTIKAN DALAMAN ::

Muka Surat 67
Jom bace tip untuk kecantikan dalaman ;)
1. Minum banyak air
 
Minum..minum dan minum!
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral!
Air suam dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
Senang bukan?

2. Bersenam
 
Baik untuk kesihatan dan elok untuk rohani.
Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah.
Jangan malas untuk bersenam.
Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

 

3. Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.
Semua orang tahu itu.
Jadi kenapa nak merokok?
Nak kuruskan badan??


4. Tidur yang cukup
Jangan asyik berjaga waktu malam.
tak elok tuh.
Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

 

5. Bebaskan wajah
 
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap.
Kulit juga perlu bernafas.
Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur.
Rajin-rajinlah cuci muka.
Di rumah, tak perlu sapu itu dan ini.
cukup la dengan wajah yang bersih.



6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan
Jangan kerana inginkan kurus,
anda rela berlapar setiap hari.
Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan
tetapi jeling-jelinglah makanan anda.
Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food 




7. Memanjakan diri
 
Lakukan seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah.
Tidak semestinya di salun.
Anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.
Jika rajin, cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga.
Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.



8. Elakkan stress
Stress mempercepatkan proses penuaan.
Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.



9. Don't worry, be happy.
 
Anggap diri anda hebat dan cantik,
pasti anda akan kelihatan hebat!!
Jika kita yakin dengan diri kita,
tentu penampilan kita pun cantik!



10.Ketawa penghibur duka
Jadi ketawa la apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan.
Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam.
Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

4 comments:

Anonymous said...

salam cik ina
terima kasih kerana hadiahkan saya aloe vera tu. sekarang muka saya penuh dengan lendir aloe vera. hehe. nasib baik tak gatal.
semoga allah merahmati cik ina sekeluarga
oh ye, baru teringat rumah takde tanah. esok nak cari pasu bunga tanam pokok

Cik Ina said...

Wasalam.
Macam kenai ja. Hehe.
Sama-sama. Wahhh tk gatai ye. Bagusnyee. Insya allah mesti berkesan. Amalkan la selalu. ^__^

Da jumpe ka pasu bunga tanam pokok ? =D

Anonymous said...

dah jumpa pasu cik ina. mak saya tolong tanam semalam. sekarang ni setiap malam saya pakai aloe vera yang cik ina bagi. dh takde dah night cream semua hehe

Cik Ina said...

Amboii.
Manje nye dengan mak ye.
Amalkan selalu supaye tak naik jerawat lagi ;)