Saturday, April 30, 2011

:: LEMPENG SUSU::

Muka Surat 81

Hari ini I masak lempeng susu untuk berbuka. Sebab semua ada bahan-bahan dekat dapur.
Actually, ini kali pertama I masak lempeng susu. Ahaks !~
Walaupun senang tapi lempeng mcD (pancake) lagi sedap.
Selalunye pancake mcD untuk breakfast.
Kalau untuk mak ayah memang sesuai sangat  sebab tak berapa manis yang I buat lempeng susu ni.

Nak tahu resipi ? Senang sangat.
Makcik-makcik, pakcik pakcik.sila la salin resipi ni. :))

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
2 sudu makan gula
1 biji telur
2 sudu makan air
sedikit garam
esen vanilla
Cara-cara :
1.  Gaul tepung dengan garam.
2.  Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau.
3.  Masukkan gula+telur+air+esen vanila. Pukul adunan hingga sebati.(I guna whisk masa pukul adunan)
4.  Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan sendukkan adunan ke dalam kuali. Balikkan bila sebelahnya sudah masak.
5.  Sudah siap ! 

Boleh dimakan dengan madu, coklat, peanut butter.  
SENANG KAN !!!

No comments: