Monday, September 12, 2011

:: JALAN JALAN KE ZOO SETAPAK ::

Muka Surat 146
Assalamualaikum.
Diharapkan you all sihat sihat and bergembira

Hari ahad lepas 4 September 2011 adalah buat kali pertama
i pergi ke Zoo Setapak
itu pun encik Abang bawa i ke situ.
Tak sangka ah encik Abang dah pandai bawa i jalan jalan dekat area KL
walaupun tak sampai 6 bulan dia tinggal area KL. TERER juga

Tahun lepas pernah pergi Zoo Melaka tapi tak berapa best sangat
pasal banyak binatang tidur. HAHA

Bayaran masuk RM 20, kalau nak tengok rama-rama sekali RM25 (dah naik harga kot) 
Dibuka setiap hari 9.00 pagi- 5.00 petang  (nasib baik sempat  walaupun 3jam sebab dah nak tutup tapi tak puas rasanya)
Harga semua makan minum berganda dari yang luar (tengok sekali ingat harga biasa, masa nak bayar punya terkejut, lain kali bawa bekal sendiri) Heee~


Gambar gambar Zoo Setapak :)
Photo  RM 25 (Combo A)


yang ni buat i tergelak 5saat. best tengok gigi dia. HIHI

kerbau pun ada, layan ~

kat sini paling banyak bangau, jalan kanan kiri mesti ada bangau =P

Kura kura yang comel =P

Alaa you all boleh ja sentuh ular HAHA

sunyi ja buaya ni, kecian oh

besar gila buaya ni, seram kalau ada yang terjatuh

tahun i adalah tahun harimau, so harus lah posing dengan harimau ^__^

Posing sekali lagi dengan harimau hidup hidup ;)

Dia pun nak juga. Padahal tahun dia tikus. HAHA

Badan siapa lebih besar ? Mesti la gajah kan. AHAHA 

Dah nak balik dah

NOTA : Nampaknya sekarang zoo negara semakin mahal tapi bila fikir fikir mungkin juga diorang kena bagi semua binatang tu makan, nak bagi maintain semua kemudahan, kira munasabah la juga kan, apa salahnya kalau pergi sekali sekala, tak gitu ? :)

Friday, September 9, 2011

:: NAK BELI BLACKBERRY JUGA ::

Muka Surat 145
Apa yang special pasal Blackberry eh ?
I pun tak tahu apa yang special sangat
sebab tak pernah pakai lagi, angan angan ja. ^__^

Di waktu ketika and saat ini ramai sangat dah pakai Blackberry
Mama, kakak and dekni pun dah pakai Blackberry
itu yang i teringin nak beli
memang dah jadi trend sekarang orang pakai Blackberry.
I nak try juga, nak rasa juga apa yang best sangat guna Blackberry ni

Rasanya bukan waktu yang terdekat, 
tapi bila difikirkan balik banyak lagi benda penting yang perlu dibeli
tambahan sekarang ni perbelanjaan i dah melebih pendapatan, 
alahaiii sedihnyaa sob sob ~ 
(sabar..sabar..)

I nak kongsi dekat sini apa KELEBIHAN guna blackberry 
and pak google dah bagi jawapan ^__^

* mudah and jimat kerana tak perlu nak membazirkan kredit untuk membalas mesej yang kawan-kawan hantar *
* kegunaan BBM sama seperti YM, boleh mengumpul kawan-kawan & chat beramai-ramai dalam conference *
* boleh share gambar,video & lagu *
* BB mudah dibawa ke mana-mana * (yang ni memang best sebab tak perlu bawa laptop)

Tengok macam tak ada lah best sangat, lebih kurang macam handset lain 
tapi disebabkan ramai yang guna BB ni, i pun tak nak ketinggalan juga =P

I dah pilih BB
Blackberry Torch-White :)

NOTA : Dengar kata PM kita, YAB Datuk Seri Najib pun pakai Blackberry, betul ke ? HEHE

Tuesday, September 6, 2011

:: SELAMAT HARI JADI BUAT INSAN TERSAYANG ::

Muka Surat 144
 
Selamat Hari Jadi, 6 September 2011
buat dirimu yang kukasihi
hanya dirimu yang kucintai
Takdir telah menemukan kita untuk sehidup semati

Hari jadi yang ke 27
Kuharap dirimu kan selalu tersenyum
ketawa, gembira dan bahagia
hanya itu saja yg kupinta dan harapkan
hanya itulah doaku buatmu
agar ketenangan sentiasa dalam hidupmu

Semoga Allah permudahkan rezeki dan dipanjangkan umur
semoga abang terus sukses dalam hidup abg
dan semoga kasih sayang kita berkekalan sampai ke jinjang pelamin 

Sayang abang selamanya

Monday, September 5, 2011

:: SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT KEMBALI BEKERJA ::

Muka Surat 143
Assalamualaikum. 
Salam Aidilfitri 2011,
Ampun dipinta, maaf diberi :)
Selamat hari raya and selamat kembali bekerja 
Hari ini dah mula bekerja setelah seminggu bercuti
sampai sekarang perasaan hati i rasa nak sambung cuti sebulan (amboi, melampau eh)
Best ah cuti raya, rasa tak puas tau ^__^.


Dah seminggu tak update blog dekat sini
Sebenarnya hari ini tak ada apa apa nak disampaikan, 
cuma nak bagitahu yang i dah kembali dekat sini. HIHI 


 Gambar gambar raya akan diupload :) 
Nanti you all tengok la eh

Jumpa lagi di entri yang seterusnya. ^__^

NOTA : Berat betul mata nak bangun pagi tadi