Friday, July 29, 2011

:: JATUH CINTA DENGAN PAU COKLAT ::

Muka Surat 125
Antara semua jenis perisa
i paling suka pau coklat.
Nyum nyum 
 sedap ah.
Dulu dulu selalu makan pau kaya
tapi sekarang tak berapa lalu nak makan pau kaya.

Tengok kat bawah,
dah terliuh kan.
Lagi lagi kalau dah rasa.
Hehe
Jemput makan  ! ^_^

Sedap dan lembut ja pau ni.
Dalam panas panas, terus i makan.
Pau kena makan panas panas baru nikmat tau,
kalau dah sejuk pau jadi keras.

Waktu lunch pergi kaferia, mesti beli pau coklat
Di tempat lain, i tak pernah beli 
Serius !
Lepas ni nak belajar buat pau coklat pula.
Mana tahu kalau i buat lagi sedap.
Tak gitu ?
Muahehe !

Kalau you all tengah tension ataupun geram
makan la coklat
lepas makan coklat, rasa dah oke.
Lagi pun coklat ini sangat kaya, dapat membantu untuk mencegah penyakit jantung.
Tapi jangan ambil berlebihan.
Itu pun doktor cakap, 
tak silap i, nama dia Dr. Ina kot.
Kihkihkih ^_^ 

Wednesday, July 27, 2011

:: TERINGIN NAK STAIL RAMBUT PENDEK ::

Muka Surat 124
Teringinnyaaaa
nak potong rambut lagi pendek,
nampak selesa.
Tapi tak berani pula,
takut nampak tembam sangat.
I rasa rambut i tak sesuai kot
kalau rambut halus lurus rasa nya lagi sesuai macam Paris Hilton ni.
Nampak makin comel ja tengok dia. ^_^

Sekarang plan nak simpan rambut panjang 
sampai paras pinggang
Rambut i ni bila dah nak panjang 
mesti terus nak potong sampai atas bahu.
Geram ah !
Tak ape, tak ape. 
Sekarang memang nak simpan rambut panjang.
Tapi rasanya lepas kahwin 
baru berani nak potong pendek.
Kih.kih.kih. 



Tapi yang ni lagi comel.
Cun sangat !
Memang hot mama ni.
Heee.
Bila tengok rambut Aishah Sinclair,
lagi teringin nak potong rambut,
senang sikit nak jaga
Tapi kalau potong pendek sangat
 nanti nak pakai tudung mesti nampak bulat ja kepala
sebab dah tak ada sanggul
Ahaks !

Kalau betul i potong rambut macam dia
nampaknya i memang berani sangat
cuma i tak boleh bayangkan muka i macam mana.
Muahaha !

Tuesday, July 26, 2011

:: SAKIT PERUT BUKAN SEBAB TAK MAKAN NASI ::

Muka Surat 123
Kalau tak makan nasi putih 
itu pun dah bising.
Bukan i tak makan langsung.
Cuma i memang kurang makan nasi putih.
Walaupun tak makan nasi, perut i boleh tahan.
I dah biasa gantikan nasi dengan benda lain
Selalunya ambil lauk dan juga sup.
kadang kadang i makan roti bakar time breakfast.

Lagi satu kalau tengok i sakit perut
makna nya senggugut.
Bab senggugut ni, memang i tak boleh tahan dengan perut i
Itu pun dia tak faham.
Kalau tak percaya, baik tanya doktor.
Huuuu !~

Monday, July 25, 2011

:: MY BIRTHDAY 25 JULY 2011 ::

Muka Surat 122
Terima kasih atas ucapan my birthday !
Rasa sudah semakin tua. Haha !
Tak lupa juga terima kasih kepada semua rakan rakan FACEBOOK
atas memberi ucapan dan doa. :)


Hari ini i dapat bonus hari jadi dari Celcom,
7hari PERCUMA panggilan/SMS ke Teman20.
Best nya !
Ini la hadiah pertama sempena hari jadi i.
Terima kasih CELCOM.
Hekhek
 
Rasa gembira dapat sambut
dengan semua family walaupun di rumah.
Terima kasih atas segala-galanya.
 Kek Aiskrim Baskin Robbin
Sedap juga kek ni. Lembut !

Friday, July 22, 2011

:: PUASA GANTI ::

Muka Surat 121
Sedar tak sedar, 
tahun 2011 dah masuk ke pertengahannya 
tambahan bulan ramadhan makin dekat. 
Seronoknya, boleh puasa. 
Dah dekat 2bulan asyik duduk melantak makanan. 
Perut pun dah jemu nak terima makanan. 
Apatah lagi nak menghadam. 
Tapi tak apa !
Lepas ni perut boleh rileks sebulan. 

Adik adik, akak akak, ibu ibu, makcik makcik 
dan juga lelaki yang mengular puasanya tahun lepas, dah ganti ka belum? 
Baik ganti cepat sementara ada masa ni. 
Kalau tak sempat, kena 'denda'la jawabnya. 
Denda bukan sebarang denda, berdosa kalau tak ganti puasa tau.
Apa apa pun, berpuasalah selagi boleh berpuasa.
Eh, bukan 'selagi', tapi 'WAJIB' bagi puasa ramadhan. 
Berpuasa kan dapat menahan kita daripada lapar, 
sambil boleh menghindarkan diri kita dari pelbagai penyakit. 
Nafsu pun kena tahan juga. 
Mata, mulut, telinga kena la jaga daripada melihat, mendengar dan berkata kata untuk sesuatu yg tak berfaedah.

Opsss ! dalam bulan puasa boleh korek hidung tak ? 
Jawab la sendiri kihkihkih !

:: JANGAN KEHILANGAN PEN ANDA, ANDA AKAN MATI ::

Muka Surat 120
Selamat pagi !
You all nak tahu tak 
bahaya kalau kita hilang sebatang pen ni.
Jom kita baca kat bawah ni. 
Jangan tengok aja. 
Baca la pelahan pelahan oke. ^_^
Jadi, jaga la pen anda dan janganlah kehilangan pen anda
kecuali anda yang buangkannya *_*

Wednesday, July 20, 2011

:: SUARA KU BERHARAP ::

Muka Surat 119
Dulu kumpulan Hijau Daun sangat popular
dengan lagu Suara Ku Berharap
Mesti you all pernah dengar lagu ni kan.
Suka lagu ni !

Tuesday, July 19, 2011

:: TAHNIAH KEPADA HUDA & UZAIR ::

Muka Surat 118


Selamat Pengantin Baru buat kedua dua mempelai
Nurul Huda bte Rahim dan Uzair bin Mohd Asri
yang telah melangsungkan majlis perkahwinan
pada hari Sabtu,16 Julai 2011 di Dewan Tun Abdul Mohd Salleh,UKM. ^_^
Moga berbahagia dan kekal ke akhir hayat.

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua ;)

p/s : Huda, cepat cepat dapat baby taw. Ahaks !

Thursday, July 14, 2011

:: KENANGAN BERSAMA A&W ::

Muka surat 117
Bila nampak A&W di Alamanda,
mesti teringatkan kakreen.
maklum la kali pertama i makan.


Rootbeer float dia agak mengancam hek3
Sedap ah !
Tak macam air yang lain.
Tapi i kena kongsi sebab kurang minum air bergas

I lebih suka ayam mcd, lagi sedap. ^_^

Masa ni dia dah nak pindah
dapat kerja di Penang.
I tumpang happy sebab family dia duduk kat Penang.
Kenangan bersama tahun 2011 ;)

Wednesday, July 13, 2011

:: MILO SEJUK. HANYA TAMBAH AIR SEJUK ::

Muka Surat 116
Assalamualaikum
Dah cuba minum milo sejuk ?
Sedap juga milo sejuk
rupanya ada milo terbaru yang namanya milo sejuk
hanya bancuh dengan air sejuk
langsung tak ada ketul-ketul
tak payah sibuk rebus air dulu kalau tak ada air panas
^_^
Masa masuk carefour kat Alamanda
ternampak pula kotak milo ni
Ingatkan milo instant 3 in 1 yang fuze tuh
Sekali tengok milo sejuk
teruja pula nak rasa
terus ambil 1 kotak
dalam kotak ada 6pek.
Satu kotak ni harganya RM4.69
murah juga.

Sekarang ni i lebih suka minum milo sejuk.
I tak berapa minum milo ais.
Selalunya tambah air panas, tak pernah bubuh ais dalam milo

Kalau kat kedai buat air milo
tak sedap ah
kadang kadang susu ja setengah cawan
baik buat sendiri baru tak membazir kan
^_^

Siapa siapa peminat milo, sila la cuba.
Milo sejuk ni macam lori milo.
Oh ya, jangan bubuh air banyak sangat
dan jangan lupa kena pkai air sejuk
kacau sikit, semua pun dah hancur
lepas tuh apa lagi, minum laa.
gluppp gluppp !
Sedap kan ^_*

Friday, July 8, 2011

:: AMALAN BULAN SYAABAN ::

Muka Surat 115
Assalamualaikum semua !
Mari kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1. Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
P/S : Jom kita beramal ;)

Thursday, July 7, 2011

:: SELAMAT HARI JADI BUAT KAKAKKU ::

Muka Surat 114
Happy Birthday to You !~
Semoga panjang umur
dan dimurahkan rezeki
Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.

Selamat Hari Jadi ke 26 ^_^
Semoga sentiasa diberkati ALLAH
Luv u ! Muahx ~

Wednesday, July 6, 2011

:: SINGGAH DI TASIK PULLMAN,PUTRAJAYA ::

Muka Surat 113
Assalamualaikum
Mesti ramai dah pergi ke tasik pullman.
kawasan ni memang cantik
sebab ada tasik, batu batu dan nampak pantai buatan.


Ni buat kali kedua 
i singgah di tasik pullman walaupun i duduk kat putrajaya.
Tanpa encik Abang, memang i jarang keluar jalan jalan.
^_^
Kalau siapa siapa yang suka berphotoshoot
memang sesuai dekat situ.
banyak sudut sudut menarik
rumput hijau,pantai,pokok kelapa,tasik dan macam macam lagi

Masa kami baru sampai, ramai juga pengantin ambil gambar dekat situ.
cina pun ada juga.
Dalam 10saat i ada berangan kejap
satu hari nanti i pun nak ambil gambar macam pengantin tu.
So sweettttt ! 
Tak sabar nak kahwin. 
MUAHAHA

Banyak juga gambar yang comel diambil oleh cendawanpink
Dia memang ada profesional kalau ambil gambar kami.
HAHA


 tasik pullman
 
 

Sambil tunggu matahari terbenam. Cantik kan ^__^

Ini la cendawanpink 
Lepas tangkap gambar terus singgah minum kejap ^__^
Banyak gambar cantik kan ? Hehe

Monday, July 4, 2011

:: GREEN LANTERN DI MINES ::

Muka Surat 112
Assalamualaikum
Bulan Jun 2011 boleh dikatakan paling banyak movie yang hebat di pawagam
Sampai tak tahu nak pilih mana satu.
Last i tengok KL Gangster di Centre Square.
Gempak gila movie dia. 
Best oh ! ^_^

Dah lama tak tengok wayang kat Mines.
Semalam baru dapat tengok Green Lantern
bersama encik Abang ;)
Mahal juga tempat seat couple
Harganya RM28 adalah paling mahal dibelanja oleh encik Abang

Mula mula nak tengok Transfomers 
semua dah sold out cuma jam 11malam ada lagi
Perghhh ! Pagi pagi dah full.
Diorang dah booking awal awal
Kalau i tahu macam ni, 
awal awal i dah booking sebelum seminggu.

Nak tahu apa pendapat i pasal movie ni ?
Pendapat i, boleh tahan juga.
Aksi berlawan tak berapa banyak,
Tapi best juga ^_^
Ada aksi, kelakar, romantik
Kalau you all tengok movie ni baru you all faham
Pergi la tengok. Tak rugi pun
I bagi 4 bintang kot.
^_^