Tuesday, May 31, 2011

:: KADAR TARIF ELEKTRIK NAIK RM2.23 ::

Muka Surat 93
Baru baca tentang kadar tarif elektrik dijangka naik esok.
Ni jadual kadar terbaru mulai esok 1 Jun 2011

Jadual kadar terbaru tarif elektrik akan dinaikkan 7.12% atau 2.23 sen setiap kWj

Minyak RON95 akan dinaikkan harga,
gula pun baru ja naik minggu lepas
Amboii !
Semua pakat nak naik harga ka ?
Tak habis habis semua naik harga.  
Kalau elektrik naik lagi parah dari minyak.
Harga barang apa lagi melambung lambung tinggi jadinya.

Teringat pula !~ 
dulu beli nasi lemak bungkus kecil harga 60sen,
sekarang nasi lemak yang sama saiz bungkusannya naik 2x ganda RM1.20.
Bayangkan nasi lemak kecil ja, bukan harga barang lain.
Lepas ni mesti naik RM2.
Grrrrrr !!!

Kalau minyak RON97 naik, boleh pilih RON95,
tapi kalau dua dua naik
tak tahu la nak cakap apa.  ;(
Orang yang naik motor boleh jimat.
Rasa nak beli motor ja.
Jimat sangat ! ^_^
Alangkah baiknya kalau gaji kakitangan awam naik.

Monday, May 30, 2011

:: MAJLIS PERKAHWINAN KAKZURA::

Muka Surat 92
Hari ahad 29.5.11, i pergi kenduri bersama adik i di Presint 9.
Cuacanya sangat panas.
walaupun agak ramai datang.

Alhamdulillah ! 
akhirnya kahwin juga pasangan ni
Congrat's to both of you !~

Episod mereka ini sangat panjang. 
Kalau tak silap i, hampir 6 tahun lebih kot.
Happy i tengok mereka berdua ni.
Cepat cepat la dapat baby tau. ;)







Kakzura kawan kakak i juga masa sekolah menengah dulu. 
Tak sangka pula kami kerja tempat sama.
Kakzura sangat baik orangnya, 
suka gelak tiap kali jumpa,makan,borak² 
mebuatkan i rindu sama kakzura ni. ;(


Semoga kehidupan kakzura lebih bermakna bersama suami tersayang ;) 
Jangan lupekan ina kat sini taw !
Miss you !~

Thursday, May 19, 2011

:: KEBETULAN BAJU SAMA ::

Muka Surat 91

Betul ka kebetulan ?
Eh, hari ni macam ade jodoh pula.
^_^. 
Ini hanye kebetulan.
Kalau sama sikit sikit tak pe laa kan.
Ni sama semua corak,warna,
Ahaks !~
Nasib baik abg din bukan bujang lagi.
He.he.
Sebenarnye hari ini semua pakai baju batik.
Maklum la hari khamis.

Wednesday, May 18, 2011

:: FAST AND FURIOUS 5 ::

Muka Surat 90
Memang best laaa cerita ni.
Walaupun i perempuan,  i suka tengok cerita ni sebab lasak dan aksi.
Lagipun my favourite.
Tahun lepas i ada tengok cerita KL Drift 2, boleh tahan juga.
Yang penting cerita ada aksi.
^__^


Pelakon still sama dalam mana-mana siri fast & furious cuma ada penambahan iaitu 'The Rock'.
Gempak beb !
Cerita ni memang terbaik!!! 
Starting sampai ending, semua best.
Ade yang lawak sampai banyak kali i tergelak.
Berbaloi duit tiket wayang.
Memang nampak real.
Tak ade boring langsung. 
Kalau tak percaye, tengok la sendiri. ^_^
Tapi i nak bagitahu,
siapa beli cd memang rugi.
Sebab tengok kat panggung memang best. 
Ada feel gituuuu.
Berbaloi baloi. 
Memang ramai tengok.
I rasa boleh pecah panggung kot.
He.he.


Bagi i, 10 BINTANG
Serius !






*I nak beli dvd cerita fast & furious dari pertama sampai lima*

Tuesday, May 17, 2011

:: HARI WESAK ::

Muka Surat 89
 Walaupun tak banyak update ade jugak kawan² bace kat blog i.  
Terima kasih buat kawan² semua. 
Anda amatlah dialu-alukan untuk singgah blog i ni 
he.he.
Hari ni cuti wesak, dapat cuti lagi. 
YEAH !
Boleh la i rehat lama² dalam 1 hari.
Selamat Hari Wesak buat semua penganut agama Buddha !!~ ;)

Monday, May 16, 2011

:: TIME SQUARE@SUNGAI WANG ::

Muka Surat 88
Hari sabtu ahad adalah hari minggu. 
Hari minggu semua orang pasti gembira.
Sebab dapat jalan jalan.
Bile jalan jalan maka duit pun cepat 'berjalan'
Duit cepat 'berjalan' sebab ada sale.
Maka kena beli yang kita suka.
Baru kita enjoy
Kan kan ? ;)

Wajah gembira lepas shopping. ;)
 Time ni baru habis makan,
masa untuk pulang !~
Penat ! Penat gila ! Sangat gila !
Best ! Memang best ! Best gila !
 Happy gila ! Memang gila !~
Tapii kami tak gila oke !
HAHAHA

*Anyway, I rasa sekejap sangat walaupun dah 8jam berjalankaki *
Kihkihkih

:: STACY AF6 ::


Muka Surat 87
Dah lama i tak dengar cerita pasal Stacy. 
Tiba tiba hari ini dia orang sebut Stacy
terus i nak taip.
I memang peminat Stacy
sebab dia berbakat,cool,rock dan suaranya unik.
Kalau nak tengok dari segi rupa
memang la ramai artis yang lain lagi comel dari Stacy.
Tapi Stacy masih famous
disebabkan kekuatan vokal nyanyian serta persembahan yang mantap.
Paling suka i tengok Stacy boleh menari sambil bernyanyi.
Meletup beb !~


Saturday, May 14, 2011

:: HARI IBU ::

Muka Surat 86
Dah lame nak taip tentang hari ibu tapi tak sempat upload.-,-
Maybe semua tahu tentang tarikh hari pekerja, 
hari ibu bagi Malaysia ialah ahad minggu kedua pada bulan Mei 
makne nye hari ibu jatuh pada 8 Mei 2011.
Lagi senang kalau set tarikh bagi 1 dunia tak ade la nak pening² kan. ^_^

Pasti semua orang dah biase dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu.
Bagi i, setiap hari pun adalah hari Ibu.
. Bukan senang nk jadi ibu kan. 
Buat mama i, Selamat Hari Ibu.
Paling diingati dengan ungkapan ” Syurga itu berada di telapak kaki Ibu”.

Hadiah Hari Ibu???
Ibu kaulah permata hatiku, tiada lain yang dapat menggantikan tempat mu Ibu.
Ibuku adalah ibu yang terbaik di dunia ini.
Mwuaahx !~

Friday, May 6, 2011

:: KAMI ASYIK GADUH ::

Muka Surat 85
Hari ini i rasa sedih.
Walaupun dah lebih 2 tahun
tapi bila mesej mesti gaduh ja.
Kenapa sms pun gaduh.
Asyik-asyik gaduh, 
PENAT !  ;(

Semalam i kecewa dengan mesej dia.
Memang terasa sangat. 
Seumur hidup i, tak pernah orang kata macam tu dekat i.
Tak sangka pula dia orang pertama kata macam tu.
Memang sakit hati.
I tanya dia tapi dia ingat i suka jenis macam tu. ;(

Walaupun masih sayang
tapi asyik gaduh
sampai i duduk terpikir pikir 
adakah kami ada jodoh ?
Huuu ~

Dah banyak kali kami berusaha 
demi menjaga hubungan kami sepanjang bersama.
Kadang kadang kami berdua sama sama ego. 
Walaupun dah banyak kali kami berjanji 
akan bertolak ansur tapi tetap ego juga.

Ape yang harus i buat ??? ;(
I ingat lebih baik diamkan diri untuk beberapa waktu,
nak bagi masa diri sendiri and dia untuk bertenang.


Kalau salah seorang lembut
memang tak ada masalah dalam hubungan.
Ni kalau sama sama keras, memang ego.

Tak tahu kenapa hari ini i boleh luahkan perasaan dekat sini.
Tak tahu nak mengadu selain dia.

Thursday, May 5, 2011

:: BIBIR KU KERING ::

Muka Surat 84
Dah 3minggu bibir i kering
Dah la kering, merekah lagi.
Asyik nak gatai²
tak tahan sangat  (-_-")
Bukan apa, tak suka tau tengok bibir kering,

merekah ni, rimas oh!
Tambahan duduk dalam aircond memang kering.
Malam² selalu sapu pelembap kat bibir tak oke juga. 
Sapu asam jawa dah kurang sikit.
Bila stop kering balik.
Grrrrrr !~
Sapu madu pun still tak oke.
Rasa nak gatai² ja kat atas bibir ni.
Nasib baik tangan tak gatai
kalau tak, confirm lagi teruk dibuatnya.
Dah minum air banyak pun still merekah lagi ~  (T___T)
Tak pernah rasa macam ni.
Sekali paling lame 2 3 ari ja itu pun jarang
Lepas baca baru faham =_=
Memang benar punca masalah ni.
Huuuu !~ 

Tuesday, May 3, 2011

:: TERBARU:RITA RUDAINI & AIDIL ZAFUAN SAMBUT KELAHIRAN ANAK KEDUA ::

Muka Surat 83
Kembali pada cerita asal, 
kisah kontroversi Rita & Aidil mungkin ada hikmahnya.
Kini mereka telah dikurniakan dengan kelahiran bayi kedua di Hospital Prince Cout, Jumaat lepas.

Baby seberat 2.75kg ini telah selamat dilahirkan dan diberi nama Airit Rafqa Arjuna.
Pada 28hb, Rita mula dimasukkan ke bilik bersalin. 
Esoknya 29hb air ketuban mula pecah and akhirnya baby selamat dilahirkan sekitar pukul 1:30 tengahari.
Pada 1 Mei, Rita Raudaini berkongsikan gambar pertamanya bersama keluarga & baby kedua.
Suka tengok gambar terbaru Rita. PEACE~ :)

:: KEK BATIK ::

Muka Surat 82
Assalamualaikum
Dah banyak i buat kek batik .
Pertama kali agak lembik, maklum la tak pernah buat kek batik
Buat lagi sekali keras sangat
Apa lagi terus buat kek batik ni sampai 4x baru menjadi
Nasib baik i bukan jenis mudah putus asa hehe~

Makan kek batik terus suka sangat
Tak tahan tengok kek batik ni
Lahir lahir ja dah suka kek batik
AHAHA !~

Geram oh kalau beli kat kedai
Sepotong pun mahal sangat
Kadang kadang rasa manis sangat
Boleh kena penyakit kencing manis 
Kan kan kan   ^_^


Walaupun tak berapa cantik, tapi cute juga kan .  Hihi ~
Memang sedap 
Cuba la buat. ~


SEBENARNYA KEK BATIK SANGAT SIMPLE 
Caranya memang senang tapi pastikan bahan-bahan yang ada.


Bahan-bahan
Biskut Marie - sebungkus (patahkan  2)
Butter - 250g
Milo - packet kecik 200g
Serbuk koko - 2 sudu besar
Susu pekat manis - setengah tin



Caranya
Satukan butter and susu dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau selalu  sampai semua larut.
Masukkan serbuk koko and milo yang dibancuh sedikit air, kacau sampai rata. 
Setelah pekat, masukkan biskut marie. 
Gaul laju laju sampai semua bahan-bahan dah rata, terus tutup api. 
Letakkan kertas minyak atas tin kek yang telah dilenser dengan sedikit butter. 
Tuangkan and ratakan permukaan kek. *JANGAN LUPA* Ambil sudu untuk tekan-tekan bagi padat dengan rata. Kalau tak, memang tak ada rupa kek. Macam biskut cicah coklat pun ada. AHAKS ~ 

Biarkan sejuk dulu baru dipotong. 
Simple kan ?


~ SELAMAT MENCUBA ~