Saturday, April 30, 2011

:: LEMPENG SUSU::

Muka Surat 81

Hari ini I masak lempeng susu untuk berbuka. Sebab semua ada bahan-bahan dekat dapur.
Actually, ini kali pertama I masak lempeng susu. Ahaks !~
Walaupun senang tapi lempeng mcD (pancake) lagi sedap.
Selalunye pancake mcD untuk breakfast.
Kalau untuk mak ayah memang sesuai sangat  sebab tak berapa manis yang I buat lempeng susu ni.

Nak tahu resipi ? Senang sangat.
Makcik-makcik, pakcik pakcik.sila la salin resipi ni. :))

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
2 sudu makan gula
1 biji telur
2 sudu makan air
sedikit garam
esen vanilla
Cara-cara :
1.  Gaul tepung dengan garam.
2.  Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau.
3.  Masukkan gula+telur+air+esen vanila. Pukul adunan hingga sebati.(I guna whisk masa pukul adunan)
4.  Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan sendukkan adunan ke dalam kuali. Balikkan bila sebelahnya sudah masak.
5.  Sudah siap ! 

Boleh dimakan dengan madu, coklat, peanut butter.  
SENANG KAN !!!

Friday, April 29, 2011

:: HARI BURUH@PEKERJA ::

Muka Surat 80
Horeyyy ! 
Hari Buruh tiba lagi. 
Seperti yang kita ketahui Hari Buruh merupakan cuti umum yang disambut pekerja sedunia. 
I nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Pekerja atau orang putih panggil 'Labout Day' buat semua insan² yang bergelar pekerja.
Selamat bercuti! 
Seronoknya dapat cuti berturut-turut 3ari tanpa cuti rehat ~
Hari Pekerja hari Ahad so forward ke hari Isnin - cuti 3 hari. YEAY !~

Hati² ketika memandu oke ! Ingat la orang tersayang.
^_^

Sunday, April 24, 2011

:: SPORTING ::

Muka Surat 79
Mereka cukup sporting ~
Sporting gile n hepi ~
Rindu sangat kat kalian ~

Friday, April 22, 2011

:: 10 APRIL 2011 ::

Muka Surat 78
Hanya padamu cinta ingin ku akhiri
Hingga di nafas terakhirku

Thursday, April 14, 2011

:: LAYOUT BARU ::

Muka Surat 77
Layout blog Cik Ina tukar lagi,
Gatal tangan kan,
Ehehe
Rasa cepat bosan dengan layout blog yang dah lame berturut-turut,
Tambahan pula ada banyak layouts yg sangat comel, cantik, kreatif sampai tertarik nak tukar layout baru punya pasal,
 ^_^

Hah ! Tengok blog kat bawah ni, comels kan

:: NYAMUK AEDES ::

Muka Surat 76
Ni nak share walaupun ramai yang dah tahu
Tapi nak jugak taip
Untuk mengingatkan orang terlupa bagi orang dah ingat balik ;)
Pasal nyamuk Aedes


Ciri-ciri nyamuk AEDES:
-Berbelang hitam putih pada kakinya.
-Menggigit pada waktu pagi dan senja.
-Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
-Membiak dan menjadi dewasa dalam tempoh seminggu.
-Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 6 bulan.
-Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
-Kitaran hidup nyamuk Aedes mengambil masa seminggu, bermula dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa.

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes 
Di dalam rumah
Bekas jambangan bunga (vase)
Kolam (kolah) mandi
Dulang perangkap air peti sejuk
Tangki simpanan air
Lain-lain bekas menyimpan air

Di Luar Rumah
Tayar buruk
Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
Palong hujan (roof gutter)
Tempurung, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi


Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes
* Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul
* Tutup semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang disyorkan pada label atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih (seminggu sekali)
* Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu
* Cuci dan sental hingga bersih piring alas bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu
* Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol)



Tanda-tanda Demam Denggi
Bintik-bintik merah pada kulit
Sakit kepala yang kuat
Sakit teruk pada tulang, otot, sendi dan biji mata
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit Perut

SO INGAT TAU, JANGAN LUPA OKE !! ^__^

Monday, April 11, 2011

:: BUAH HIDANGAN PEMULA ::

Muka Surat 75
                                               
TIDAK suka buah-buahan? Memang sangat rugi jika tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan buah yang begitu banyak sekali khasiatnya. Bukan itu sahaja, buah sering dikatakan pembantu yang baik dalam mengekang obesiti daripada menimpa diri manusia. Gaya hidup sihat bukan hanya dikaitkan dengan tabiat rajin bersenam tetapi juga mengamalkan pemakanan berhemah.


Buah-buahan elok dimakan sebelum nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu.
Jadi, budaya menjadikan buah sebagai pencuci mulut dan dihidang selepas habis makan harus dibuang sebaliknya jadikan ia sebagai hidangan pemula.

Kebanyakan buah-buahan mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A dan C, asid folik, zat besi serta kalsium.
Buahan-buahan juga berserat tinggi yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit. Ia bukan saja mudah disediakan malah mudah dihadam.

Sebenarnya ramai yang mengetahui kelebihan yang ada pada buah-buahan tetapi tidak berdisiplin mengambilnya. Marilah melatih diri supaya menyukai buah dan memakannya secara rutin. Tanamkan azam supaya buah sentiasa ada dalam menu makan setiap kali dan sangat elok dijadikan kudapan ketika menunggu waktu makan utama.

- Pastikan buah ada di dalam pembelian barang dapur setiap minggu.
- Beli pelbagai jenis buah supaya tidak mudah jemu. Campurkan buah yang disukai dan tidak disukai supaya ia dapat dimakan bersama-sama.
- Bawa buah-buahan ke pejabat sebagai bekalan supaya mudah menjadi kudapan.
-Jadikan buah sebagai snek ketika menonton televisyen ataupun menonton wayang.
-Ketika bosan melalui kesesakan jalan raya, makan buah seperti campuran hirisan mangga dan jambu, bukannya snek tidak berkhasiat yang banyak perasa makanan.
-Sekiranya anda berpuasa sunat Isnin dan Khamis, latih diri berbuka dengan buah-buahan dan segelas air, kemudian terus bersolat Maghrib. Anda boleh lihat walaupun hanya buah yang dimakan, anda sudah boleh berasa kenyang.
-Sekiranya anda tidak menyukai sesuatu buah walaupun buah itu berkhasiat tinggi contohnya betik dan pisang, cuba memakan dengan cara mengisarnya. Dengan menjadikannya jus, anda tidak perlu melalui proses mengunyah.
-Menjadikan buah sebagai jus adalah proses cepat dan mudah bagi mengambil buah.
-Sekiranya mengadakan majlis pastikan salad buah-buahan menjadi menu utama supaya anda dapat menggalakkan pemakanan buah bersama kawan dan keluarga.
-Walaupun buah berkhasiat tinggi, anda tetap tidak boleh memakannya secara berlebihan. Makan apa saja pun perlu bersederhana dan tidak melampau. Sekiranya anda berpenyakit terutama kencing manis, pastikan mendapat nasihat doktor sebelum memakan buah kerana ia mungkin memudaratkan.

Resipi salad buah-buahan (sesuai untuk enam tetamu)
Bahan:

2 biji epal hijau (dipotong dadu)
2 biji epal merah (dipotong dadu)
1/2 kilo anggur merah
1/2 kilo anggur hijau
2 biji mangga (dipotong dadu)
1 nanas (dipotong kiub)
3 biji belimbing besi (dipotong kiub)
1/2 biji tembikai susu (dipotong kiub)
3 cawan yogurt (perisa yang disukai)

Cara penyediaan:
Semua buah-buahan digaul dengan yogurt dan disimpan di dalam peti sejuk. Hidang setelah tetamu datang dan makan bersama-sama.
Dipetik dan dikemaskini daripada pakar kesihatan

Friday, April 8, 2011

:: AYAM PENYET ::

Muka Surat 74
Baru hari ni dapat peluang makan sama-sama.
Dah 2 minggu asyik cancel. ;p

Ramai juga time ni. 
Lagi pun lunch hour.
 Ayam penyet ni paling sedap. 
Sebab ayam dia lembut dengan keraknye tak berminyak
tempe boleh la tahan
cuma kalau ranggup lagi la sedap, 
tauhu pulak memang lembut,
dengan sambal agak berlainan tambahan pedas sangat. 
Kalau tak ada sambal rase nye kurang lengkap. 
So wajib ade sambal ! ^__^

Tak rugi kalau nak makan kat situ
sebab semuanye menu memang sedap.
  Harga nye boleh tahan
tapi jangan selalu sangat nanti habis duit bankrap.
Baru tahu.
Hik.hik !
Kalau boleh 1 @ 2 kali dalam sebulan nk makan ayam penyet. 
Kesimpulannya ayam ni memang sedap !

Location : Cyberjaya

Kak Ida
Liyana
Fikah


Terima kasih ya Cik Liyana sebab belanja kami makan
Haha.

Tuesday, April 5, 2011

:: YEAH ! UJIAN DAH BERLALU ! ::

Muka Surat 73

Assalamualaikum.
Alhamdulilah baru sudah lepas ujian tadi.


Gembiranya ujian dah berlalu.
Harus la gembira.
Siapa tak gembira kalau habis ujian.
Tapi kena tunggu keputusan lagi 2 bulan.
Lame oh !
Doa-doakan ujian i lulus ya. 
Amin ;)

Hari ni nak enjoy.
Macam-macam nak buat.
Dah berapa hari tak masak di rumah.
Huuu ~ 
Kecian dapur tak ade siapa nak masak,kemas,cuci.
Mesti rindu dekat i.
HAHA ~

Monday, April 4, 2011

:: MIDVALLEY ::

Muka Surat 72
Hari sabtu, 2 April pergi ke Midvalley bersama Dekni.
Tujuan kami mesti la shopping.
Sebenarnye kat JUSCO ada sale dari 22 Mac sampai 3 April.
Mase ni last minit lagi 2 hari ada sale. ^_^

Sampai di Midvalley pukui 11.45 pagi
Lepas makan tengahari, terus shopping kat bahagian baju JUSCO.
Sampai kitorang spend 1 jam lebih kat situ.
Kalau ayah or boyfriend or lelaki ikut,  gerentinye mereka akan bosan kan. ;p
Beli kasut pun ade sale juga.
Lepas dekni puas beli baju & kasut terus minum kejap.
Kemudian pergi ke Salun Jantzen sampai 3 jam temankan dekni.
Lepas 2jam tunggu, rambut i cuci blow sekali semantara tunggu rambut dekni siap.
Terima kasih sebab belanja cuci blow.=P 







Time ni memang lawak. Sekali pandang nampak patung rupanye orang ni hidup-hidup. ^__^




Jam 11.45 pagi sampai 8 malam di Midvalley.
Rasa macam kejap pula.

:: WOW ! SHAHEIZY SAM ::

Muka Surat 71

Pemenang ABPBH 2010 jatuh kepada Shaheizy Sam
Senarai penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

1. Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir
2. Penyanyi Wanita Popular : Yuna
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : 6ixth Sense
4. Penyanyi Nasyid Popular : Rabbani
5. Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam
6. Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani
7. Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak
8. Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
9. Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi
10. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
11. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
12. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
13. Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan Raja Lawak
14. Artis Komedi Wanita Popular : Nurkhiriah
15. Artis Baru Lelaki Popular : Shahir
16. Artis Baru Wanita Popular : Yuna
17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Rosnani Jamil
18. Artis Paling Popular :Shaheizy Sam


TAHNIAH buat Shaheizy Sam menang Anugerah Bintang Paling Popular.
Memang dia layak.
Sebab kebanyakan ShahiezySam juara pecah panggung wayang.
Tak gitu ?

2009
* Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam-RM4.14 juta arahan Syamsul Yusof.
* Syurga Cinta-RM2.38 juta arahan Ahmad Idham.
* Jangan Pandang Belakang Congkak-RM6.09 juta arahan Ahmad Idham.
2010
* Adnan Semp-it-RM7.66 juta arahan Ahmad Idham.
* Niyang Rapik-RM3.72 juta arahan Ahmad Idham.
* Evolusi KL Drift 2-RM5.67 juta arahan Syamsul Yusof.
* Ngangkung-RM8.18 juta arahan Ismail Hasim.

Seronok tengok ABPBH 2010 di TV3.
Pengacara Raja Azura, Sharifah Syahirah & Zizan Raja Lawak memang best sangat !
Tambahan  ending  Johan dengan Usop Wilcha yang memeriahkan suasana masa nak umumkan  Artis Bintang Popular Berita Harian(ABPBH).
Mula-mula  ingatkan Fara Fauzana menang sebab dapat 2 trofi.
Apapun tahniah la Shaheizy Sam di atas kemenangan ini.
Semoga lebih cemerlang lagi dalam lakonan dan industri seni ni.
Dia ni bagus sebab tak berlagak sangat.
Suka merendah diri.
Orang kata dia ni rajin melayan peminat.
Bagus la tuh, menghargai peminat.
Tanpa peminat siapa la artis-artis ni kan.